Monday, February 21, 2011

Pimpinan Bitara : Kami Ada Saluran Tersendiri

Tg Malim , 21 Feb - "Terima kasih di atas pendedahan yang diberikan namun kami tidak perlukan publisti murahan seperti itu" , itulah jawapan Ketua Biro Tugas-Tugas Pimpinan Bitara apabila diajukan soalan berhubung dakwaan pihak Pimpinan Bitara menghantar e-mail kepada sebuah blog  milik sebuah pihak yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam dan mahasiswa.

Menurutnya lagi , pihak Pimpinan Bitara mempunyai salurannya yang tersendiri seperti Facebook , Twitter dan blog bagi menyampaikan sebarang berita kepada mahasiswa dan tidak memerlukan sebarang pertolongan dari pihak luar apatah lagi dari sebuah pihak yang bertindak memburuk-burukkan pihak Pimpinan Bitara melalui blog itu.

Beliau menambah  adalah sangat tidak logik bagi pihak Pimpinan Bitara akan menggunakan saluran blog itu untuk menyatakan sesuatu perkara. "Kita tahu apa agenda mereka lebih-lebih lagi semasa Pilihanraya Kampus (PRK) sedang berlangsung.

"Kita menerima dan menyambut baik sebarang usaha ke arah perpaduan dan perdamaian demi kebajikan mahasiswa dan mahasiswi UPSI namun dengan menggunakan reverse psychology seperti itu adalah psywar berkualiti rendah" ' ujar beliau dengan sinis.

Beliau menasihatkan penyokong Pimpinan Bitara agar tidak mempercayai sebarang berita dari sumber berkenaan dan berhati-hati supaya tidak tertipu dengan taktik kotor dan murahan seperti itu.

No comments: