Saturday, January 22, 2011

Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT) Diutamakan

video
Tg Malim 21 Januari - Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan mengutamakan Guru Sandaran Tidak Terlatih GSTT yang telah berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut untuk diserap masuk menjadi guru tetap bagi mengisi kekosongan guru. Kini diseluruh negara terdapat 13000 orang GSTT  yang akan berhidmat mengisi kekosongan.

SuaraUPSI melihat perkara ini akan membuatkan semua siswa/i UPSI atau siswa/i bidang pendidikan seluruh negara berasa gelisah. Adakah dengan mengutamakan GSTT dalam pengambilan guru ini akan menjejaskan siswa/i bidang pendidikan atau sebenarnya pihak KPM masih memerlukan guru sehingga terpaksa mengambil GSTT sebagai alternatif kekurangan guru.

Apa-apa pun sebagai siswa/i yang matang berfikir tidak perlu cepat melatah. Sebelum ini KPM juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa KPM akan mengambil graduan lepasan IPTA untuk menjadi guru sekiranya berlaku kekosongan.  Mengikut statistik pengangguran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah di tangga pertama iaitu sifar pengangguran. Namun begitu, tidak dinafikan berlaku juga kelewatan dalam penempatan graduan UPSI tetapi akhirnya ditempatkan disekolah menjadi guru.

Teruskan mengikuti SuaraUPSI..

3 comments:

Anonymous said...

agak menakutkan situasi nie.. harap pengurusan UPSI dapat bertindak bagi melindungi hak kami sebagai Anak Kandung Suluh Budiman..

Anonymous said...

agak menakutkan situasi nie.. harap pengurusan UPSI dapat bertindak bagi melindungi hak kami sebagai Anak Kandung Suluh Budiman..

Anonymous said...

agak menakutkan situasi nie.. harap pengurusan UPSI dapat bertindak bagi melindungi hak kami sebagai Anak Kandung Suluh Budiman..