Thursday, January 7, 2010

Bersama YDP MPP Pimpinan Bitara UPSI



Salam Pimpinan Bitara. Saya terpanggil untuk mencoret rasa hati dan akal yang tak seberapa ini dalam ruangan ini dalam mengulas kenyataan YB Dr. Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia dalam Utusan Malaysia, 31 Disember 2009 berkaitan “bukan semua lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan boleh jadi guru-Tertakluk kekosongan jawatan”. Saya selaku suara seluruh mahasiswa UPSI berasa ini adalah suatu yang mengejutkan. Hal ini demikian kerana apabila mula melangkah ke alam UPSI apa yang tersemai dan tertanam adalah untuk menjadi seorang guru.

Langkah ini kami gagahi dengan berusaha bertungkus lumus untuk menanamkan rasa profesion keguruan dalam diri kami di samping diterapkan ilmu pendidikan seperi pedagogi, psikologi, sosiologi pendidikan dan sebagainya dalam melengkapkan diri untuk menjadi guru apabila tamat bergraduan kelak. Ilmu pendidikan yang dipelajari di universiti selama 4 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek berbanding pengajian lain yang hanya 3 tahun sahaja untuk mendapakan segulung ijazah.

Bagi saya nama UPSI yang merupakan satu-satunya universiti bertaraf pendidikan akan terlupus dek kerana kepercayaan orang ramai terhadap universiti ini dalam melahirkan bakal guru ternyata meleset sekali. Ambilan Julai 2006-2009 adalah unjuran yang diminta oleh KPM untuk mengisi kekosongan pada 4 tahun yang akan datang iaitu selepas mahasiswa/i bergraduan. Walau bagaimanapun, pada ambilan Disember 2009 yang lalu, pelajar baru yang diambila adalah pelajar untuk “open market”. Di sini menimbulkan satu persoalan dibenak fikiran saya, unjuran yang diminta oleh KPM tetapi tak dapat ditempatkan graduan tersebut selepas tamat belajar?.

Walau apa pun yang berlaku, saya tampil dengan beberapa cadangan agar perkara ini tidak berulang kembali. Cadangan saya yang pertama, pembinaan sekolah-sekolah perlu dipergiatkan agar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan mendapat tempat dalam dunia pendidikan. Selain itu, cadangan saya yang seterusnya iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seharusnya berbincang secara meja bulat dala m menyelesaikan isu ini. Dengan ini pihak KPM, bolehlah mengusulkan kriteria guru dan opsyen yang diperlukan mengikut unjuran agar KPT dapat menyediakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan selaras dengan permintaan KPM.

Saya juga berharap agar permasalahan ini dapat diselesaikan tanpa menunding jari kepada mana-mana pihak. “Orang yang bijak akan berusaha memperbaiki kelemahan diri tetapi orang yang bodoh akan berusaha mencari keburukan orang lain”. Semoga masalah ini bertemu jalan penyelesaiannya.

Permohonan baru biasiswa KPM dibekukan tahun ini

Tg Malim , 07 Januari - Belum selesai isu PTPTN yang masuk agak lambat pada semester ini berbanding semester lepas, kini mahasiswa di seluruh IPTA secara amnya dan di UPSI khususnya bakal berhadapan dengan "pembekuan" permohonan baru penajaan untuk mahasiswa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bermula pada tahun ini.

Sumber yang menyatakan hal ini kepada SuaraUPSI menyatakan "pembekuan" ini akan berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Bagaimanapun langkah ini tidak akan memberikan kesan kepada mahasiswa yang telah dan sedang menerima penajaan dari KPM.

Langkah ini dikatakan akibat daripada kegawatan ekonomi global yang sedang menghimpit negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia di mana kerajaan sedang mengambil langkah berjimat cermat.

Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, YDP MPP, Saudara Mohd Hairie B. Abdullah ketika diminta untuk memberikan ulasan tentang hal ini berkata beliau akan mendapatkan kepastian berhubung isu ini apabila berkunjung ke Putrajaya kemudian. Beliau bagaimanapun berjanji bahawa Pimpanan Bitara akan memperjuangkan hal ini untuk kebajikan dan kemudahan mahasiswa UPSI.

Untuk rekod, penerima penajaan KPM memperolehi RM 3,700.00 bersih setelah ditolak yuran universiti dan kolej kediaman.

Monday, January 4, 2010

Pro Kebajikan Tabur Flyers Fitnah Di Kem Kepimpinan Mahasiswa 2009

Tanjong Malim, 4 Januari 2009 - Kem Kepimpinan Mahasiswa 2009 siri ke-3 yang baru sahaja selesai pada hari ahad lepas telah disertai oleh 55 orang peserta. Namun begitu kursus tersebut telah dicemari dengan pengedaran flyers yang dilakukan oleh pihak Pro Kebajikan dan menggunakan UPSIKINI sebagai sumber flyers tersebut. Flyers yang ditabur pada bilik peserta lelaki dan wanita telah mengundang pelbagai reaksi daripada semua peserta.

Wartawan suaraUPSI telah menemui salah seorang peserta kem tersebut untuk mendapatkan isi kandungan flyers tersebut. " Dalam flyers tu mereka(Pro Kebajikan) mengatakan pihak HEP memperbodohkan peserta yang ingin menjadi calon MPP dengan melaksanakan kem kepimpinan untuk mengelirukan bakal calon" ujar beliau. "Selain itu, flyers tersebut juga menyatakan bahawa pihak HEP menyediakan RM 15 000 untuk jentera PRK dan pihak HEP telah menyenaraikan calon MPP tajaan HEP".

Tuduhan-tuduhan liar yang dikeluarkan oleh pihak Pro Kebajikan melalui flyers tersebut menunjukkan bahawa mereka mengikut budaya politik luar yang ada dalam negara kita sekarang. Sekiranya budaya ini diteruskan dalam jiwa pendidik UPSI, tidak pelik pada suatu hari nanti mereka akan berdemonstrasi di jalanan meniru aksi-aksi negara jiran yang sedang bergolak. Pihak suaraUPSI menyarankan kepada semua mahasiswa UPSI bertindaklah mengikut cara pemikiran seorang mahasiswa tanpa ada pengaruh daripada politik luar dan peganglah motto "Sayangi Universiti Kita"

Friday, January 1, 2010

Ambilan UPSI Ikut Unjuran KPM

Tanjong Malim, 1 Januari 2010 - Akhbar semalam yang telah menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Y. Bhg. Dr. Puad Zakashi telah mengundang banyak persoalan kepada semua mahasiswa yang mengambil bidang Ijazah Pendidikan terutamanya mahasiswa/i UPSI. Semalam wartawan suaraUPSI telah menghubungi saudara Mohd Hairie Abdullah yang merupakan YDP MPP Pimpinan Bitara UPSI untuk mendapatkan ulasan berkaitan isu ini.

Hairie menyatakan bahawa "pihak KPM sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana pengambilan mahasiswa dalam bidang pendidikan disetiap IPTA seluruh Malaysia adalah mengikut unjuran yang dikeluarkan oleh pihak KPM sendiri" ujar beliau.

Beliau juga berkata "Ambilan mahasiswa UPSI dalam bidang pendidikan yang bermula daripada tahun 2005 hingga Julai 2009 adalah mengikut unjuran yang dikeluarkan oleh pihak KPM dan perkara ini diperakui sendiri oleh Naib Canselor UPSI iaitu Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Aminah Binti Ayob".

Terbaru wartawan suaraUPSI difahamkan oleh Hairie bahawa pada hari ini Y. Bhg. Dato' Naib Canselor UPSI akan bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu ini dan beberapa isu pendidikan.

Selain itu Hairie dan beberapa MPP Pimpinan Bitara akan membuat pertemuan dengan pihak KPM pada minggu hadapan bagi menyelesaikan isu ini. Warga kerja suaraUPSI menyokong penuh usaha MPP Pimpinan Bitara UPSI untuk menyelesaikan isu ini dan kami menyeru kepada semua mahasiswa/i agar mendoakan perjuangan mereka. Pihak suaraUPSI akan sentiasa mendapatkan berita berkaitan isu ini dari masa ke semasa.

Thursday, December 31, 2009

Lantikan Guru Lepasan Ijazah Pendidikan Ikut Kekosongan

Tanjong Malim, 31 Disember 2009 - "Tertakluk Kekosongan Jawatan"Utusan, "Lantikan Guru Lepasan Ijazah Pendidikan Ikut Kekosongan"Berita Harian, begitulah tajuk dalam akbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Berita Harian. Dalam kedua-dua akhbar tersebut menyatakan bahawa pelantikan guru bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda hanya mengikut kepada kekosongan jawatan sahaja.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Dr. Mohd Puad Zarkashi yang mengeluarkan kenyataan tersebut mengatakan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia terpaksa memberi keutamaan kepada graduan khususnya Kursus Guru Lepasan Ijazah(DPLI), lulusan Institut Pendidikan Guru (IPG). Perkara ini menimbulkan rasa resah mahasiswa/i yang mengambil bidang pendidikan kerana rata-rata mahasiswa yang mengambil bidang pendidikan adalah mahasiswa yang dikatakan sebagai mahasiswa yang berkualiti kerana telah di uji dengan Ujian MeDSI dan juga perlu menjalani temuduga.

Sebelum ini, UPSI yang digemparkan dengan berita penempatan guru akan dibekukan selama 2 tahun telah disangkal oleh Ustaz Syahrin bin Md Jamaluddin, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pada Oktober lepas MPP Pimpinan Bitara telah berjaya membawa pihak KPM datang ke UPSI memberikan penjelasan berkaitan isu pembekuan penempatan dalam majlis Kolokium Halatuju Graduan UPSI selepas bergraduat. Dalam Majlis tersebut Pn Faridatul Akmar setiausaha Bahasian Sumber manusia KPM telah menunjukkan peratusan kegagalan pelajar UPSI dalam sesi ujian INSAK dan sesi temuduga dan seramai 299 orang mahasiswa UPSI gagal dalam kedua sesi tersebut.

Persoalannya mengapakah graduan lepasan Ijazah Pendidikan tidak diberi keutamaan, sedangkan mahasiswa/i yang mengambil bidang ini perlu menghabiskan masa selama 4 tahun untuk menjadi seorang guru tetapi pengambilan guru bergantung kepada Ujian Insak dan hanya temuduga yang singkat. Wartawan suaraUPSI hari ini akan menghubungi saudara Mohd Hairie Bin Abdullah YDP Pimpinan Bitara mengenai masalah ini. Berikut ialah halaman akhbar online akhbar utusan dan berita harian :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20091231005055/Article/index_html




Tuesday, December 29, 2009

MAKLUMAN : KULIAH SEMESTER 2 SESI 2009/2010

PERKARA

MINGGU

TARIKH

Kuliah

7 Minggu

28/12/2009 - 12/2/2010

Cuti Pertengahan Semester

1 Minggu

13/2/2010 – 21/2/2010

Kuliah

7 Minggu

22/2/2010 – 9/4/2010

Stdudy Week

1 Minggu

10/4/2010 – 18/4/2010

Peperiksaan Akhir

3 Minggu

19/4/2010 – 8/5/2010

Cuti Akhir Semester

8 Minggu

9/5/2010 – 4/7/2010

Salam Pimpinan Bitara kepada semua warga UPSI. Perkara di atas ialah tarikh-tarikh penting bagi mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semoga semua mahasiswa/i dapat merancang pembelajaran dan aktviti dengan baik.

sekian wassalam,

Sayangi Universiti Kita

Monday, December 28, 2009

Kenyataan YDP Pimpinan Bitara dalam Harian Metro




















Tanjong Malim, 28 Disember 2009 - "Siswa berkemahiran insaniah ada kelebihan" begitulah tajuk artikel yang telah ditulis oleh Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 iaitu saudara Mohd Hairie Bin Abdullah. Berita tersebut yang telah dikeluarkan pada hari ini mengulas bagaimana mahasiswa perlu mengukuhkan kemahiran insaniah dalam diri masing-masing untuk menempuh pasaran pekerjaan.

UPSI yang sebelum ini dikatakan sebagai Universiti yang melahirkan guru kini dalam proses melebarkan sayap untuk memasuki bidang swasta. Pengambilan mahasiswa baru seramai 159 orang ambilan Disember 2009/2010 baru-baru ini merupakan ambilan pasaran terbuka"Open Market" yang pertama dilakukan oleh UPSI.

Sebelum ini Menteri Pengajian Tinggi iaitu Dato' Seri Khaled Nordin yang datang ke UPSI pada bulan November lepas telah mengeluarkan kenyataan bahawa UPSI perlu bersikap lebih terbuka dalam memenuhi pasaran kerja dalam bidang pendidikan dan bukan hanya memfokuskan tenaga pengajar (guru) kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Oleh yang demikian, mahasiswa perlu bersifat lebih proaktif dan bangkit dari zon selesa. Dalam kenyataan Hairie yang dikeluarkan akhbar Harian Metro hari ini "mahasiswa perlu mempunyai kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan sebagai persiapan diri bersaing di pasaran kerjaya".

selain itu, Hairie juga menyeru kepada mahasiswa agar menguasai elemen kemahiran keusahawanan selain akademik kerana gelombang globalisasi hari ini memerlukan mahasiswa mencari peluang. Melalui kemahiran keusahawanan, katanya, ia dapat menjana minda mahasiswa agar lebih kreatif dan kritis dalam penghasilan sesuatu produk. Berikut ialah pautan harian Metro hari ini http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20091228095432/Article/indexv_html.

Selamat Kembali Ke UPSI

Tanjong Malim, 27 Disember 2009 - Semester 2 sesi Disember 2009/2010 kini telah tiba, mahasiswa/i yang baru sahaja tiba dari kampung halaman masih lagi sibuk menguruskan bilik dan tempat tinggal masing-masing bagi menghadapi semester baru yang penuh dengan cabaran.

Wartawan suaraUPSI sempat menghubungi saudara Mohd Hairie Bin Abdullah Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 untuk mendapatkan sedikit ulasan " Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, semester baru ini diharapkan semua mahasiswa/i UPSI lebih berdaya saing dalam membentuk kewibawaan diri dan menjadi mahasiswa/i yang lebih kompetetif dalam segala bidang, ingat bahawa datang ke UPSI adalah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa yang dahagakan ilmu" ujar beliau.

Hairie yang kini dalam proses membuat persiapan memasuki sekolah untuk menjalankan praktimum mengatakan bahawa beliau berasa rindu dengan suasana memasuki semester baru. Selain itu, Hairie sebagai YDP Pimpinan Bitara juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa/i UPSI dalam menghadapi semester baru ini.

Wartawan UPSI juga sempat melihat kesibukan mahasiswa/i memunggah barang masing-masing daripada stor penyimpanan barang dikeempat-empat buah kolej kediaman UPSI dan segalanya berjalan lancar. Pembukaan semester ini dimulakan dengan lebih awal berbanding semester lepas. Esok, 28 Disember 2009 merupakan hari pembukaan bagi semester 2 sesi Disember 2009/2010 dan bermula episod sebagai mahasiswa UPSI bagi 159 orang mahasiswa baru ambilan Disember 2009/2010.

Oleh itu, warga kerja suaraUPSI mengucapkan selamat kembali ke UPSI kepada semua mahasiswa/i yang telah berjaya meneruskan pengajian semester baru ini. Warga kerja suaraUPSI juga mengucapkan tahniah kepada mahasiswa yang telah mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 1 sesi Julai 2009/2010 semoga dapat mengekalkan keputusan yang cemerlang pada semester ini.




Saturday, December 26, 2009

Pembayaran PTPTN Dijangka 8, 9 atau 10 Januari 2010

Tanjong Malim, 26 Disember 2009 - Pengumuman keputusan peperiksaan akhir semester yang telah diumumkan pada 24 Januari 2009 telah melegakan banyak pihak terutamanya mahasiswa. Sebelum ini pihak suaraUPSI sempat menghubungi MPP Pimpinan Bitara berkaitan isu kelewatan pengumuman ini dan difahamkan bahawa pihak akademik mengalami masalah di Unit Peperiksaan Bahagian Akademik. Masalah kelewatan ini berpunca daripada segelintir pensyarah yang lambat menghantar keputusan peperiksaan kepada Unit Peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, pihak MPP Pimpinan Bitara telah berhasil menggesa Bahagian Akademik UPSI untuk mempercepatkan pengumuman peperiksaan. Rentetan pengumuman ini, Bahagian Akademik UPSI telah menghantar keputusan peperiksaan mahasiswa dibawah tajaan PTPTN kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia.

Pihak PTPTN yang telah menerima keputusan peperiksaan mahasiswa UPSI akan memproses pembayaran pinjaman kepada pelajar selama 14 hari bekerja bermula dari tarikh pengumuman keputusan. Oleh itu, dijangkakan mahasiswa akan menerima PTPTN pada 8, 9, atau 10 Januari 2010, diharap mahasiswa UPSI dapat bersabar menunggu pembayaran PTPTN.

Thursday, December 24, 2009

Keputusan peperiksaan Sem 1 2009/2010 boleh disemak mulai hari ini

Tg Malim , 24 Disember - Rentetan keputusan peperiksaan semester 1 2009/2010 yang masih belum dikeluarkan sehingga menimbulkan tanda tanya dikalangan mahasiswa UPSI, pihak SuaraUPSI mengambil inisiatif untuk bertanyakan tentang hal ini kepada seorang sumber di bahagian Akademik UPSI.

Menurut beliau, keputusan peperiksaan boleh diketahui seawal-awalnya pada hari ini ( 24 Disember 2009) jika tiada sebarang masalah yang boleh mengakibatkan proses ini tergendala.

Bagaimanapun, pihak SuaraUPSI menerima e-mail dari beliau yang menyatakan keputusan peperiksaan telah dikeluarkan dan pelajar boleh menyemak keputusan masing-masing di http://myupsi.upsi.edu.my/.

Pihak SuaraUPSI mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan semoga kecemerlangan itu bakal diteruskan pada masa hadapan.