Wednesday, March 21, 2012

Pilihanraya Kampus Ditunda: MPP UPSI JANGAN TINGGALKAN KAMPUS

Tanjong Malim, 21 Mac 2012- Berita penangguhan Pilihanraya Kampus daripada bulan April ke bulan september ini adalah satu tindakan yang wajar dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Hal ini mengambil kira aspek penglibatan keseluruhan pelajar Diploma di UPSI. Namun begitu wartawan SuaraUPSI mendapat ura-ura juga bahawa hal pengangguhan ini bukan hanya berlaku di UPSI tetapi beberapa lagi IPTA diseluruh Malaysia. 

Keputusan penangguhan yang telah dibuat dalam mesyuarat HEP UPSI adalah disebabkan tiadanya penglibatan pelajar diploma dalam proses pengundian untuk PRK  bulan April. Oleh itu mesyuarat memutuskan untuk menangguhkan PRK ke bulan September bagi membolehkan pelajar Diploma terlibat dalam proses pengundian nanti.

Jika dilihat trend pengundian di UPSI sejak 2006 hingga 2011 yang lalu mahasiswa yang turun mengundi masih melebihi 75% daripada jumlah keseluruhan mahasiswa/i. Fakta ini menunjukkan bahawa siswa/i di UPSI mempunyai kesedaran yang sederhana baik dalam Pilihanraya Kampus.  Pihak UPSI yang mula menerima pelajar Diploma sepenuh masa pada tahun 2010 tidak sempat menggubal undang undang untuk membolehkan pelajar  Diploma terlibat menjadi calon dalam PRK yang lalu.

Apabila berlakunya penangguhan ini sudah pasti ianya memberi kesan yang besar kepada pihak MPP pelaksana tanggunggjawab. Dengan penangguhan ini diharap semua MPP yang terlibat meneruskan perkhidmatan dengan lebih semangat kerana inilah masanya untuk  pihak MPP buktikan kepada mahasiswa/i UPSI bahawa MPPUPSI terus bersemangat untuk berada di UPSI menjaga kebajikan mahasiswa walaupun sudah tamat pengajian dan jangan tinggalkan mahasiswa/i yang telah memberi undi kemenangan.

No comments: