Monday, March 19, 2012

KAD DISKAUN BUAT MAHASISWA/I

KAD DISKAUN PELAJAR UNIVERSITI 2012, sebelum itu admin ingin mengucapkan syabas buat semua MPP IPT, berita gembira ini telah diperjuangkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar IPT seluruh Malaysia dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK) pada 21 November 2011 yang berlangsung di  PICC Putrajaya.

Dalam Mesyuarat tersebut  Pihak Perwakilan Pelajar telah membentangkan 5 kertas kerja yang merangkumi tajuk Rasionalisasi Subsidi,  Good an Service Tax(GST), Mencapai Negara maju Tanpa Menjejaskan Jati Diri Bangsa dan tajuk Bersediakah Negara mengamalkan Meritokrasi Mutlak?. Seterusnya penggulungan yang dilakukan oleh Presiden jemaah IPT merangkumi perkara berikut : 
  1. Mengembalikan Rancangan Suara Siswa di RTM.
  2. PENGGUNAAN KAD PELAJAR-MENJADI KAD DISKAUN PELAJAR IPT
  3. Pengawalan Perbelanjaan Negara
  4. Hospital Serdang Dijadikan Teaching Hospital UPM
  5. Mempertahankan seksyen 15(5)(a) Akta Universiti Kolej Universiti(AUKU) 1971 pindaan 2009

Wartawan SuaraUPSI sempat menghubungi Wan Ahmad Hazman Wan Daud(Presiden MPPK Malaysia) untuk medapatkan sedikit maklumat berkaitan berita gembira ini " MPPK masih lagi relevan diperingkat kebangsaan kerana MPPK masih mendapat respon daripada pihak kerajaan dalam menjaga hal kebajikan mahasiswa dan isu-isu mahasiswa" ujarnya. 
Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri KPDNKK. 


Admin menganggap ini adalah keberuntungan yang sukar diperolehi oleh mahasiswa di negara lain ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Semoga dengan adanya Kad Diskaun ini meringankan beban siswa/i dalam mengaharungi pengajian di IPT


KRONOLOGI USUL KAD DISKAUN PELAJAR IPT

2007/2008- Majlis Perwakilan Mahasiswa IPT membawa usul dalam MPPK yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan usul tersebut diterima oleh kerajaan.

2008/2009- Perbincangan Majlis Perwakilan Mahasiswa IPT bersama wakil KPT untuk pelaksanaan Kad Diskaun Pelajar IPT, Namun begitu syarat yang diletakkan tidak menepati citarasa Perwakilan dan menyebabkan pelaksanaannya gagal dilakukan.

2009/2010- Usul berkaitan kad Diskaun Pelajar IPT tidak dibawa ke dalam MPPK

2010/2011 - Usul Kad Diskaun Pelajar IPT dibawa sekali lagi

2012 - Menteri KPDNKK mengeluarkan kenyataan pelaksanaan Kad Diskaun Pelajar IPT


p/s : Perjuangan MPP biasanya membawa manfaat kepada adik adik di kampus dan MPP tiada kepentingan... WE LOVE UPSI

No comments: