Saturday, April 16, 2011

Pimpinan Bitara : Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester




Tg Malim , 16 April 2011 - Peperiksaan akhir semester 2 sesi 2011/2012 akan bermula pada hari ini sekaligus menjadikannya medan peperangan yang harus ditempuhi oleh semua mahasiswa UPSI selama lebih kurang dua minggu sehingga 30 April 2011.

Dalam pada itu , pihak Pimpinan Bitara , melalui kenyataan ringkas kepada SuaraUPSI pada petang tadi mendoakan kejayaan semua mahasiswa dan mahasiswa UPSI yang akan menduduki peperiksaan akhir semester ini.

"Setelah berhempas-pulas menuntut ilmu , menduduki kuiz dan "test" serta menyiapkan "assignment" dalam tempoh 14 minggu , kami berharap para mahasiswa sekalian akan menjadikan peperiksaan ini sebagai kesinambungan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang sepanjang menuntut selama 4 tahun di sini ".

"Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh , janganlah kita  lupa berdoa kepada Allah S.W.T dan bertawakkal kepada NYA. InsyaAllah dengan izin-NYA , usaha kita akan mendapat hasil yang sewajarnya".

Perenggan terakhir kenyataan tersebut turut menyebut hanya dengan pendidikan sahaja kita mampu untuk mengubah nasib diri kita dan demi untuk Agama , Bangsa dan Tanah Air.

Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun bakal guru sekalian. Selamat berjaya !

2 comments:

Anonymous said...

bilakah keputusan semester 2 sesi 2010/2011 akan diumumkan?????

David lim said...

BILAKAH upsi akan mengumumkan keputusan final semester 2 sesi 2010/2011???Semoga dapat beritahu dengan secepat mungkin.