Saturday, February 27, 2010

Bakal graduan PSR maut kemalangan



Tg Malim , 25 Februari – Universiti Pendidikan Sultan Idris kehilangan seorang lagi Anak Kandung Suluh Budiman kerana kemalangan jalan raya.


Dalam insiden yang berlaku antara jam 03.30 hingga 04.30 petang tadi, mangsa, Mohd Fazli B. Mohammad, mahasiswa semester 8 yang telah menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (PSR) maut di tempat kejadian kerana cedera parah di seluruh badan setelah van yang dinaiki mangsa melanggar belakang sebuah treler berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Tapah.


Rakan mangsa pula hanya patah tangan dan mengalami sakit-sakit badan.


Allahyarham yang bekerja sementara di Karim Korner sedang menunggu majlis graduasinya pada bulan 3 ini dalam perjalanan menuju ke Ipoh untuk menghantar pesanan makanan katering disana.


Allahyarham yang berasal dari Kota Sarang Semut, Pendang, Kedah merupakan anak yatim piatu dan telah bertunang dengan gadis pilihannya dan dijangkakan akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan 6 ini .


Allahyarham dikenali ramai kerana sifat rajin dan ramah semasa bekerja di Karim Korner dan aktif di peringkat universiti dengan memegang jawatan sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak MASUM UPSI tahun 2009.


Sementara itu , Timbalan Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni , (JHEPA) , Prof Dr Shaharudin B. Abd Aziz tiba di hospital Tapah pada jam 8 malam untuk melawat mangsa.Pada ketika berita ini ditulis, van jenazah yang membawa Allahyarham telah bertolak ke kampung halamannya sambil diiringi oleh pegawai-pegawai UPSI dan rakan-rakan Allahyarham.


Pihak SuaraUPSI merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon para pembaca yang beragama Islam untuk sama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang terpuji dan beriman.

4 comments:

Anonymous said...

allah lebih syngkan kau yie

Anonymous said...

Al-Fatihah..
Allah lebih sayangkan arwah..
Smoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..
Amiiinnn...!!!

Anonymous said...

ya Allah...simpati sgt ngan abg ayie...sedekahkan Al-Fatihah kpd beliau..

Mohd Noorazman said...

Arwah seorang yang sangat bertanggungjawab n penyayang bukan saja kepada keluarga, tunang malah rakan2 yang mengenalinya....aku terasa kehilanganya..kerana arwahlah tempat aku mengadu dikala aku senang mahupun susah..arwah juga terlalu rapat dengan aku sehingga dia memanggil aku adik dan aku memanggil dia abg kerana faktor usia kami yang berbeza....arwah begitu tabah...dalam 4 tahun pengajian di UPSI arwah kehilangan ibu, ayah dan dikala majlis konvokesyen berlangsung arwah pula pergi meninggal kita semua....perginya arwah umpama sebutir mutiara yang tiada galang gantinya....gelak tawa dan loghat kedahnya sentiasa terngiang2 ditelinga aku ini...Ya Allah kuatkan hati hambamu ini menerima qda n qadarmu....