Friday, March 5, 2010

Kejadian "kanopi terbang" berulang lagi di KHAR.

Tg Malim , 05 Mac - Angin kuat yang melanda Tg Malim terutamanya pada waktu hujan dikatakan penyebab 06 buah kanopi yang dipasang di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sempena Perkampungan Alam 2010 diterbangkan angin sehingga tercampak ke atas bumbung tempat letak kereta felo kolej kediaman itu.

Sumber SuaraUPSI yang menetap di Kolej itu melaporkan dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 04.30 petang tadi , suasana angin yang agak kencang mula dirasai sebelum kanopi-kanopi yang diikat antara satu sama lain itu mula terangkat satu-persatu menyebabkan para pengunjung yang berada di bawah kanopi itu bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Bagaimanapun tiada pengunjung yang mengalami sebarang kecederaan.

Barang-barang jualan yang berada dibawah kanopi tersebut kebanyakkan peralatan komputer kelihatan bersepah-sepah kerana rak-rak yang menempatkan peralatan tersebut turut tumbang diterbangkan angin dan kerjasama dari pelajar serta ahli jawatankuasa penganjur program tersebut berjaya mengalihkan barang-barang jualan tersebut ke bawah tempat letak kereta felo dalam masa 20 minit.

Kejadian tersebut nyata menggemparkan seluruh pelajar yang mendiami kolej tersebut. Dalam pada itu , selepas sahaja kejadian tersebut berlaku , kedengaran suara-suara nakal dari blok lelaki yang mengaitkan peristiwa itu dengan muzik yang di pasang dengan kuat dan agak kerap malah ada yang menyatakan peristiwa itu sebagai hukuman kerana menganjurkan acara yang "bukan-bukan".

Ada juga yang mengaitkan bentuk muka bumi yang berbukit - bukau sebagai punca utama berlakunya peristiwa ini .

Untuk rekod , peristiwa kanopi terbang pernah berlaku beberapa semester yang lepas di KHAR sempena Hari Terbuka kolej berkenaan dengan pengisian program-program seperti "Battle of the Band" dan seumpamanya.


4 comments:

pak lah said...

UNTUK PENGETAHUAN ANDA DAN ORG RAMAI...KHAR TIDAK MENGANJURKAN AKTIVITI BUKAN-BUKAN...KEBANYAKAN AKTIVITI ADALAH BERASASKAN KEAGAMAAN..HARAP PENULIS MENELITI DAHULU TENTATIF PROGRAM

Anonymous said...

tgklah sendiri betapa pergaulan bebas berlaku antara lelaki dgn perempuan selama program berlangsung..

tdk kurg jg dgn mahasiswa yg berpakaian seksi dan mendedahkan aurat..segala2nya menjadi peragaan percuma..

*ciK nAzYfAh* said...

dasyat gak ea tahap terbangnye...ngat kan biase2 je..

Aku Benci ProM said...

ooo...sigemuk ni rupenya pok loh upsi..bodoh sangat..bajetbko dijamin masuk syurga macam pasti pas kesyagn ko tu la kan?tgk tentatif kunun..hio gemuk mata juling,aku tgk dpn mata laki pompuan joget sama2 dpn mata,sampai pukul 12.30 mlm,xde pulak Pro M komplain..sebab geng sendiri kan?Xpe la,kira halal la kan?munafik dan HIPOKRIT betul korg ni...