Saturday, February 27, 2010

Kenyataan Ketua Pengarang SuaraUPSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak SuaraUPSI ingin memohon maaf kepada para pembaca setia blog ini kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini sejak dari hari pengundian pilihanraya kampus UPSI.

Pihak SuaraUPSI menerima banyak pertanyaan dari para pembaca tentang perkara ini dan untuk makluman pembaca, laman blog ini telah disabotaj oleh pihak-pihak yang tidak dikenali dengan mengambil alih akses kepada laman blog ini.

Perbuatan ini dilakukan supaya SuaraUPSI tidak mampu melakukan liputan secara terus dan langsung kepada berita-berita terkini yang berlaku di UPSI terutamanya pilihanraya kampus baru-baru ini .

Pihak SuaraUPSI telah berusaha sedaya upaya untuk kembali menerbitkan berita-berita terkini kepada para pembaca dan setelah hampir tiga minggu , akhirnya hasrat ini dapat direalisasikan.

Sehubungan dengan itu , SuaraUPSI akan kembali seperti biasa dan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada blog ini. Semoga sokongan anda semua akan terus menjadikan SuaraUPSI sebagai medium perantaraan nombor satu kepada semua pihak di UPSI.Terima kasih

Mr Peace

Ketua Pengarang SuaraUPSI

No comments: