Friday, October 2, 2009

Rumah Terbuka JHEPA / MPP UPSI Meriah.

Tanjong Malim, 1 Oktober 2009 - Majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran JHEPA dan MPP pimpinan bitara pada hari ini berjalan lancar. Rumah terbuka yang menjadi tradisi tahunan JHEPA dan MPP ini mendapat sambutan yang cukup hebat. Rumah terbuka kali ini menyajikan pelbagai jenis makanan seperti lemang, rendang, mee goreng, nasi tomato dan banyak lagi. 16 buah gerai telah dibuka bagi menyediakan makanan yang terbaik buat mahasiswa/i UPSI.

Rumah terbuka yang sepatutnya dijadualkan bermula pada jam 3.00 petang telah dimulakan awal oleh YDP MPP Saudara Mohd Hairie Bin Abdullah, kerana beliau mendapati bahawa kehadiran mahasiswa/i yang berpusu-pusu membanjiri di sekitar tapak rumah terbuka tambahan pula ada antara mereka akan ke kuliah. Rumah terbuka pada kali ini bukan sahaja dihadiri oleh mahasiswa/i yang beragama Islam sahaja tetapi kelihatan juga mahasiswa/i yang berbangsa lain seperti
Cina, India, etnik Sabah dan etnik Sarawak.

Pada kali ini hampir 8 ribu orang mahasiswa/i yang hadir
. “Saya berasa anjuran JHEPA dan MPP pimpinan bitara ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa kerana melalui program ini mahasiswa/i dapat beramah mesra dengan pihak pengurusan JHEPA dan MPP pimpinan bitara,” kata Amirul pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.


Turut kelihatan juga dalam majlis tersebut ialah Saudari Nor’ Ain Binti A. Razak (TYDP MPP), Saudara Mohd Razik Khalid (Setiausaha Agong MPP) dan beberapa MPP pimpinan bitara yang berada di sekitar majilis untuk menyambut ketibaan mahasiswa/i UPSI. Rumah terbuka kali ini telah tamat pada jam 4.37 petang.