Thursday, October 1, 2009

Rumah Terbuka UPSI:Semua dijemput hadir

Tg Malim , 30 September 2009 - Kehangatan bulan Syawal yang baru memasuki hari ke 11 semakin meriah dengan majlis rumah terbuka dianjurkan khusus untuk meraikan tetamu masing-masing.

Terbaru, pihak UPSI sendiri akan menganjurkan rumah terbukanya pada (Khamis), 01 Oktober 2009 bertempat di Padang Kawad yang terletak di belakang Auditorium Utama UPSI. Majlis yang secara tradisinya dianjurkan setiap tahun akan bermula dari jam 3.00 - 6.00 petang. Pelbagai juadah tradisional Melayu dijangka akan dihidangkan oleh beberapa penyedia perkhidmatan katering yang dilantik manakala kesemua PTJ UPSI(Pusat Tanggungjawab) akan turut sama menyajikan makanan masing-masing mengikut konsep gerai yang semakin popular pada acara rumah terbuka besar-besaran seperti ini.

Pihak HEP selaku penganjur menjemput semua mahasiswa dan kakitangan UPSI untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

No comments: