Thursday, September 17, 2009

PERUTUSAN KHAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 08/09 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1430H/2009

(KEPIMPINAN BITARA-SAYANGI UNIVERSITI ANDA)

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu akbar,

Alhamdulillah, puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T, yang telah menganugerahkan nikmat kebahagiaan dan kegembiraan pada lebaran yang penuh dengan keberkatan ini. Setiap mukmin itu adalah bersaudara. Keutuhan tali persaudaraan itu perlu dijaga dan salah satu cara yang boleh dilakukan bagi memperkukuhkan tali persaudaraan itu ialah dengan amalan ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjung antara satu sama lain sebagaimana yang dilakukan semasa menyambut hari raya Aidilfitri. Melalui amalan ini, akan terbit sifat hormat-menghormati dan saling menyayangi sesama kita.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari yang maksudnya :
Dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu dari Nabi SAW Baginda bersabda : Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menghormati tetamunya, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.

Bersempena lebaran yang mulia ini, saya menyeru agar kita saling bermaafan, bagi mengeratkan tali persaudaraan, buang yang keruh ambil yang jernih, lupakanlah sebarang persengketaan. Ingatlah bahawa ikatan persaudaraan yang dijalin berlandaskan agama Islam akan melahirkan perpaduan yang kukuh dan akan melahirkan keluarga dan masyarakat bahagia, penyayang dan harmoni dan seterusnya akan wujudkan umat yang kuat dan negara yang aman makmur, penuh dengan rahmat dan pengampunan serta lindungan Allah S.W.T.
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan di hari bahagia

Dalam menyambut kedatangan Syawal yang mulia, janganlah sesekali kita melupakan wabak yang melanda dunia sekarang iaitu H1N1. Justeru, dalam mencegah penularannya, pihak pimpinan bitara MPP UPSI sesi 2008/09 telah menanjurkan kempen “Bersama Mahasiswa Mencegah Influenza A” dengan mengedarkan 3 000 unit topeng muka kepada mahasiswa/i supaya perjalanan anda pulang ke kampung halaman terpelihara keselamatannya. InsyaAllah.
Pada kesempatan ini juga, saya mewakili barisan kepimpinan bitara MPP UPSI sesi 2008/09, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada seluruh warga UPSI sepanjang kami menjalankan beban tugas sebagai MPP UPSI kali ini. Kami doakan agar lebaran kali ini kita sambut dengan bahagianya tanpa sebarang duka yang melanda. Salam lebaran dari Kepimpinan Bitara –Sayangi Universiti Anda sesi 08/ 09 .

YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPSI
Saudara Mohd Hairie B. Abdullah

TIMBALAN YANG DIPERTUA
Saudari Nor’Ain Bt A.Razak


NAIB YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
Saudara Syaiffuldin B. Mohamad


SETIAUSAHA AGUNG
Saudara Mohd Razik B. Khalid


PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG
Saudari Muzaitul Akmar Bt Mohammad


BENDAHARI
Saudara Muhammad Asree B. Abd Aziz


PENOLONG BENDAHARI
Saudara M. Nazarul Hazwan B. Abd Razak


EXCO PERHUBUNGAN AWAM DAN PENGANTARABANGSAAN
Saudara Leow Soon Joo
Saudara Punethn A/L Superminium


EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
Saudari Nurul Illyana Bt Mohamad
Saudara Mohd Fitri B. Amil


EXCO SUKAN DAN REKREASI
Saudara Mohd Nor Faiz B. Mat Ali
Saudari Siti Nor Hazliza Bt Rosli

EXCO PERPADUAN DAN INTEGRASI
Saudara Boniface Belawan anak Bubong

EXCO PENERBITAN DAN INFORMASI
Saudara Mohd Firdaus B. Mohd Fauzi
Saudari Siti Khairiah Bt Jajuli

No comments: