Friday, October 2, 2009

CENDERAMATA MPP : TANDA TERIMA KASIH MPP KEPADA MAHASISWA

MAKLUMAN

Majlis Perwakilan Pelajar UPSI Sesi 2008/2009 akan mula mengedarkan cenderamata MPP kepada pelajar mulai hari ini . Bagi fasa pertama, Cenderamata akan diagihkan kepada 3 fakulti dahulu iaitu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (2 OKtober 2009), Fakulti Sains Sukan (5 Oktober 2009) dan Fakulti Sains Teknologi (6 Oktober 2009). Manakala Fakulti-fakulti lain akan menerima cenderamata pada fasa berikutnya.


Menurut Nurul Illyana Bt. Mohamad, Exco Ekonomi dan Keusahawan pemberian cenderamata ini merupakan tanda terima kasih MPP kepada mahasiswa yang telah banyak memberi sokongan kepada MPP. Ianya merupakan tradisi tahunan MPP.


“Pada tahun ini, pemberian cenderamata hanya akan melibatkan pelajar dari semester 1 sehingga semester 5 sahaja. Ini kerana, pelajar semester 6 telah menerimanya semasa pucuk pimpinan MPPUPSI sesi 07/08 manakala pelajar semester 7 telah menerimanya semasa pucuk pimpinan MPPUPSI sesi 06/07’.


“Kami berharap semua pelajar akan gembira menerima cenderamata ini dan dapat memanfaatkannya sebaik mungkin”,katanya.

2 comments:

Anonymous said...

best r mpp upsi..bagi pendrive..tq2

Anonymous said...

akan datang bg la lagi ye hehehe