Thursday, August 13, 2009

Solat hajat dikolej kediaman mohon dijauhkan H1N1

Tg Malim, 13 Ogos – Walaupun Upsi telah diisytiharkan selamat dari penularan virus H1N1 namun mahasiswa diingatkan supaya berjaga–jaga dengan mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.

Terbaru, Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Kolej-Kolej Kediaman UPSI akan menganjurkan program solat hajat bagi memohon perlindungan daripada penularan wabak Influenza H1N1 ataupun selsema babi di setiap kolej kediaman pada hari ini bermula jam 7.00 malam.

Program itu akan dilangsungkan di Surau Al-Falah, Kampus Sultan Azlan Shah, Surau Ar-Rashidin di Kolej Harun Aminurrashid dan Surau As-Sollihin di Kolej Ungku Omar.

Pihak penganjur menjemput semua warga UPSI untut hadir ke majlis ini.

No comments: