Thursday, August 13, 2009

Lebih 4000 meriahkan persembahan Faizal Tahir

Tg Malim , 13 Ogos - Di sebalik kontroversi bantahan penganjuran persembahan Faizal Tahir pada malam ini, suasana sebaliknya berlaku di Padang Utama UPSI apabila kumpulan pembantah tidak kelihatan di Kampus Utama UPSI.

Suasana aman dan tenang boleh dirasai disekitar kawasan kampus utama UPSI meskipun kawalan dan pemantauan dari pihak yang berkenaan dikatakan amat ketat.

Lebih 4000 ribu orang memenuhi sekitar Pentas Utama seawal jam 9 malam untuk menyaksikan UPSI Idol yang ditaja khas oleh Celcom di mana 5 orang peserta memperdengarkan suara dan memperlihatkan bakat masing – masing untuk dinilai oleh juri dan hadiah pertama di menangi oleh seorang pelajar TESL semester 7.

Suasana menjadi semakin hangat pada jam 10.30 malam apabila Faizal Tahir tiba dengan kereta Honda Accord berwarna putih melalui Pintu Utama UPSI dan diiringi oleh pengawal bermotosikal UPSI terus ke Bangunan Canselori .

Beliau yang dikawal ketat oleh anggota sekretariat konvokesyen dan pengawal keselamatan UPSI terus dibawa ke khemah artis di belakang pentas utama dan tepat jam 10.40 malam beliau dijemput naik ke pentas utama.

Beliau juga sempat berpesan kepada mahasiswa yang bakal menjadi guru supaya menunaikan amanah dan tanggungjwab yang bakal digalas nanti walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutamanya karenah anak murid.

Setelah mempersembahkan empat buah lagu , persembahan beliau berakhir jam 11.15 malam dan beliau diiringi ke khemah utama sebelum dibawa keluar menuju ke kereta beliau dengan kawalan yang amat ketat dari sekretariat kovokesyen dan pengawal keselamatan UPSI.

Suasana bagaimanapun menjadi tidak terkawal apabila beliau diserbu oleh para peminatnya dan keadaan ini memaksa pihak yang mengawal beliau meningkatkan bilangan anggota dan ‘mengepung’ Faizal Tahir sehingga beliau selamat sampai ke keretanya.

Para pelajar perlahan –lahan beransur beredar sebaik sahaja beliau meninggalkan kampus utama UPSI.

No comments: