Thursday, August 13, 2009

Mahasiswa dijemput meriahkan Forum Perdana Ehwal Islam

Tg Malim, 13 Ogos – Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, pihak penganjur Pesta Konvokesyen mengambil inisiatif untuk mengadakan Forum Perdana Ehwal Islam di UPSI yang akan diadakan pada malam ini.

Forum berkenaan yang bertajuk “Keberkatan Ramadhan" akan bermula pada jam 9.00 malam dan dijangka berakhir jam 10.15 malam akan diadakan di Pentas Utama di Padang Utama UPSI.

Moderator untuk majlis pada malam ini adalah Ustaz Saipol Barin B. Ramli iaitu seorang pensyarah Bahasa Arab, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Bahasa Arab(UPSI) manakala ahli panel yang pertama adalah Dr Ibrahim B. Ibrahim, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kognitif dan ahli panel yang kedua dan terakhir adalah Abu Islam Al-Fadhil Fathul Bari B. Mat Jahya iaitu Penasihat Agama Institut Jantung Negara.

Pihak penganjur menjemput semua mahasiswa UPSI untuk sama-sama memeriahkan majlis pada malam ini.

No comments: