Sunday, August 9, 2009

Selamat Kembali Ke UPSI


Tg Malim , 08 Ogos - Cuti pertengahan semester yang terpaksa diawalkan akibat daripada penularan wabak H1N1 sudah hampir tamat dan mahasiswa UPSI dilihat sudah pun mula memenuhi daerah Tanjong Malim bermula hari ini. Kolej-kolej kediaman yang sunyi sepi sebelum ini pula sudah mula sibuk dengan kepulangan mahasiswa UPSI.

Pihak wartawan Suaraupsi yang menghubungi YDP MPP sesi 2008/2009 Mohd Hairie Bin Abdullah dan beliau mengucapkan "selamat kembali ke UPSI " dan beliau juga menegaskan kepada semua mahasiswa agar mengambil langkah berhati-hati semasa pulang ke UPSI walaupun UPSI telah bebas daripada wabak H1N1 .Langkah berjaga-jaga perlu diambil seperti sentiasa menjaga kebersihan diri, menutup hidung dan mulut dengan tisu ketika bersin atau batuk, sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer, memakai topeng penutup mulut dan hidung semasa keluar ke tempat orang ramai, dan membaca doa hindari wabak.

Esok dijangkakan lebih ramai lagi mahasiswa UPSI yang akan tiba ke Tanjong Malim. Semoga kita sama-sama mengambil langkah pencegahan penularan wabak H1 N1 kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

No comments: