Thursday, August 6, 2009

Kampus UPSI kembali dibuka

Tg Malim , 06 Ogos - Kampus utama UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah mula dibuka kepada umum sejak dari penutupannya 29 Julai yang lalu.
Wartawan Suaraupsi yang berada di kampus pada hari ini melaporkan tidak ramai kakitangan UPSI yang kelihatan kerana masih lagi bercuti . Beberapa orang kelihatan keluar masuk dari kampus dan dari maklumat yang diterima, mereka adalah anggota Sekreatriat Pesta Konvokesyen UPSI 11 sidang 2.
Salah seorang dari mereka adalah Saudara Razik b. Khalid , Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UPSI. Menurut beliau , tidak ada istilah bercuti bagi seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar walaupun apa yang terjadi.
"Saya hanya sempat pulang ke kampung halaman selama dua hari sahaja untuk mematuhi arahan kuarantin dan selepas itu terus ke UPSI kerana masih banyak kerja-kerja yang berkaitan dengan Konvokesyen yang perlu diselesaikan," jelas beliau.
"Amanah dan kepercayaann yang diberikan oleh mahasiswa UPSI tidak akan kami sia-siakan dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Konvokesyen kali ini berjalan dengan lamcar dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan," ujar beliau lagi.
Untuk maklumat , Konvokesyen ke 11 Sidang 2 akan bermula pada 10 Ogos sehingga 15 Ogos 2009 .

No comments: