Sunday, August 2, 2009

Mahasiswa UPSI sertai perhimpunan haram di KL

Tg Malim , o2 Ogos - Perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) yang diadakan di Kuala Lumpur semalam turut disertai oleh mahasiswa UPSI.

Sumber-sumber dalaman Suaraupsi yang mengesahkan perkara ini berkata bahawa beberapa pelajar UPSI dilihat berada bersama-sama golongan yang menentang akta itu . Sumber itu juga menyatakan bahawa mereka dikenalpasti berdasarkan kelakuan dan kecenderungan untuk turut sama terlibat jika perhimpunan seperti itu diadakan.

Maklumat yang diperolehi menunjukkan mahasiswa yang terlibat terdiri dari beberapa "orang besar" di UPSI bersama-sama beberapa kenalan mereka.

Mengulas mengenai perkara ini , Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI , YDP MPP UPSI , Saudara Mohd Hairie B. Abdullah berkata tindakan mahasiswa terbabit amatlah tidak wajar dilakukan apatah lagi mereka bakal menjadi seorang guru.

"Sebagai bakal seorang pendidik , mahasiswa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang di sekeliling mereka dan mereka tidak sepatutnya melakukan sesuatu perkara yang terang-terangan melanggar undang-undang," jelas beliau lagi.

Beliau turut mengingatkan mahasiswa UPSI jika mereka ditangkap polis semasa menyertai acara-acara seperti itu, mereka boleh didakwa di bawah undang-undang AUKU sementelahan diri sendiri dan keluarga bakal berhadapan dengan masalah.

"Jika seseorang mahasiswa ditahan oleh pihak polis, agar sukar baginya untuk mendapat kerja di sektor awam kerana rekod polis yang dimilikinya akan menjadi penghalang kepada usaha itu, apatah lagi mahasiswa UPSI yang bakal bergelar guru selepas menamatkan pengajian nanti," ujar beliau lagi,"katanya lagi.

Beliau menyeru mahasiswa UPSI supaya tidak menyertai perhimpunan seperti itu dan menggesa mereka untuk menilai baik buruk sesuatu tindakan sebelum melakukannya.


4 comments:

CheguFadh said...

AUKU dan ARTIKEL PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MANA LEBIH SUPER??hehehe..sebab tu kes tangkap esok terus bebas..saje je nak bagi gempak gebang sana sini cakap tangkap tu..tgk je mane ade yg kene tangkap tu kena pape tindakan undg2 polis..dorg xbawak senjata..tak buat huru hara..mcm aku tegaskan..klu polis xcampur tgn huru harakan keadaan takkan jadi kacau bilau..

aku join PROTES PALESTIN kat KLCC berarak punye jauh pun relak je..POLIS pn xde kawal pape mase ni..die xbuat kacau..semua 5000lebih tu mahasiswa..xde pape pn..kite tau undg2..kite faham..jadi jgn provokasi dan putar belit undg2..

Anonymous said...

x abeh2 ugut student ngan auku...gile auku ke ape..

Anonymous said...

Pada pendapat sayalah, saudara Hairie seorang yang pro-establishment dan terang-terangan membodek mana-mana pemimpin yang memerintah negara ini.

Cubalah Anwar Ibrahim jadi perdana menteri dan demonstrasi aman dibenarkan pada waktu itu, saya rasa saudara Hairie akan sokong seratus peratus.

Semua orang yang sebut bagaimana undang-undang dilanggar sebenarnya adalah bullshit dan pentingkan diri sendiri.

Kalau tak percaya, pergilah ke MyUPSI portal. Ada yang siap bagi komen jalan sesak semasa ada di KL tempoh hari.

Tapi mereka tidak tahu, satu ketika dahulu, A. Samad Said pun ditahan ISA. Apakah kesalahan yang dilakukan olehnya sehingga dia dicop sebagai membahayakan keselamatan negara?

MR PEACE said...

Mr Peace sendiri menyokong perarakan Palestin atas dasar persaudaraan sesama Islam dan kemanusiaan tetapi bukan sesuatu yang mneyusahkan orang ramai.Kenapa hanya Melayu yang merusuh?Dimana mereka yang bersemangat supaya ISA di hapuskan?Kenapa hanya di kawasan orang Islam perarakan diadakan?Kenapa bukan di Petaling Street?Kenapa bukan di Little India?Fikirkanlah...