Tuesday, August 11, 2009

Konsert Jaclyn Victor pada malam perasmian Pesta Konvokesyen

Tg Malim, 10 Ogos - Malam Perasmian Pesta Konvokesyen UPSI ke 11 sidang 2 bakal dimeriahkan dengan artis jemputan, Jaclyn Victor yang bakal membuat persembahan di Pentas Utama yang terletak di Padang Utama UPSI. Penyanyi terkenal itu dilaporkan tiba di UPSI jam 5.30 dan masuk melalui pintu utama terus ke tempat parkir kenderaan di hadapan gelanggang tenis bersebelahan Tadahan Utara dan terus dibawa ke Pentas Utama untuk melakukan "sound test" dan setelah berpuas hati dengan sistem audio yang digunakan, beliau meninggalkan kampus utama UPSI jam 5.50 petang untuk berehat di rumah tamu di sebuah kolej kediaman.

Beliau dijangkakan akan membuat persembahan pada jam 9,30 malam ini di Pentas Utama di hadapan tetamu kehormat UPSI. Kehadiran penyanyi ini ke UPSI telah menimbulkan kecaman dan bantahan dari pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro-Kebajikan Mengulas mengenai perkara ini , sumber dalaman yang tidak menolak akan berlaku bantahan semasa konsert ini berlangsung nanti berkata bahawa pihak urusetia telah menjangkakan perkara ini akan berlaku dan mereka telah bersiap sedia dengan pelan kontigensi andai perkara ini berlaku .

No comments: