Tuesday, August 11, 2009

Pesta Konvokesyen disabotaj

Tg Malim, 10 Ogos - Pihak penganjur Pesta Konvokesyen UPSI 11 sidang 2 mengesan wujudnya unsur- unsur sabotaj yang bertujuan untuk menggagalkan acara yang dirancang sepanjang enam hari ini. Menurut sumber dalaman, dua kain rentang yang dipasang di pintu kecik berhampiran Kompleks Dewan Kuliah dan di Pekan Tg Malim telah hilang beberapa hari selepas dipasang. Sumber yang sama juga menyatakan poster-poster promosi untuk Pesta Konvokesyen pada kali ini juga turut dikoyakkan oleh pihak-pihak yang disyaki sebagai penentang kepada Pesta Konvokesyen ini.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan bahawa beberapa kabel sistem audio yang di pasang di dalam khemah audio di belakang Pentas Utama turut disabotaj tetapi tindakan itu sempat disedari oleh beberapa orang juruteknik yang bertugas hari ini. Menurutnya, jika kejadian ini tidak sedari, keseluruhan sistem audio yang berharga beratus - ratus ribu ringgit aka rosak kerana mengalami litar pintas dan beliau tidak menolak kemungkinan akan berlakunya letupan dan kebakaran kerana sistem audio itu menggunakan tenaga elektrik yang sangat banyak.

Pihak penganjur telah melaporkan insiden ini kepada polis dan usaha untuk mengesan mereka yang terlibat sedang dijalankan. Jika usaha penyiasatan berjalan lancar, tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat. Pihak yang disyaki adalah golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro-Kebajikan dan didalangi oleh lapan orang Exco Majlis Perwakilan Pelajar.

No comments: