Tuesday, August 11, 2009

Pro-Kebajikan edar "flyers" hina TNC(HEP&A)

Tg Malim, 11 Ogos - Isu penganjuran konsert yang melibatkan penyanyi Jaclyn Victor menjadi semakin panas pada hari ini setelah beberapa "flyers" dikesan diedarkan oleh pihak -pihak tertentu yang membantah tindakan mengadakan konsert itu.

Dalam kejadian yang pertama, beberapa orang mahasiswa telah menjumpai satu kenyataan tiga helai yang diedarkan di dalam bilik-bilik kuliah pada petang tadi dan menyerahkan kepada penganjur Pesta Konvokesyen untuk tindakan lanjut. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro-Kebajikan itu, mereka menggesa agar penganjuran konsert itu dibatalkan atas alasan ia menggalakkan budaya hedonisme dalam kalangan mahasiswa .

Sementara itu, "flyers" yang kedua dikesan diedarkan di kawasan bilk-bilik kuliah yang dilakukan oleh Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP UPSI, Akmal Madzir dan Norhafizawati Mahmad Rozali yang mengaitkan demam HIN1 sebagai bala dari Allah SWT dan tindakan menganjurkan konsert ini dianggap sebagai masih lagi alpa dan lupa akan dugaan yang diturunkan oleh Nya.


"Flyers" ketiga(Gambar 1) yang dikesan dicampakkan dari Blok 1 di KHAR pada waktu Mahgrib semalam secara terang-terangan menghina Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI (TNC HEP&A) Prof. Dr. Shaharuddin Abd Aziz. "Flyers"itu mengaitkan TNC(HEP&A) sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan penganjuran konsert itu dan turut mengaitkan Sahabat Mahasiswa Universiti UPSI (SMU ) sebagai orang kuat UMNO universiti.

Mengulas mengenai perkara itu, beberapa mahasiswa yang ditemui mengatakan tindakan Pro-Kebajikan mengedarkan "flyers-flyers" seperti itu adalah keterlaluan dan berniat untuk memalukan seseorang pegawai tinggi universiti di UPSI seperti yang dialami oleh TNC(HEP&A).

"Secara jujurnya kami memang terkejut dengan tindakan Pro-Kebajikan yang menggelar diri mereka pejuang Islam kerana tindakan memalukan yang dilakukan oleh mereka jelas berniat untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti seorang pegawai kanan universiti ", jelas seorang pengunjung Pesta Konvokesyen ditemui malam semalam.

"Tindakan yang dilakukan oleh Pro-Kebajikan amatlah tidak wajar sama sekali dan mereka patut memohon maaf secara terbuka kepada TNC (HEP&A) ", ujar seorang mahasiswa tahun pertama yang hanya mahu dikenali sebagai Idham.
"Satu tindakan yang sangat-sangat biadap dan kurang ajar", jawapan ringkas yang diberikan seorang mahasiswa lelaki ketika ditanya tentang isu ini.

Seorang lagi mahasiswa yang ditemui , Hafizah , 21 tahun , pula berkata bahawa Pro-Kebajikan langsung tidak menghormati kedudukan TNC(HEP&A) sebagai orang yang berkuasa di UPSI malah tindakan mereka itu menunjukkan mereka tidak mempunyai sebarang rasa hormat terhadap orang yang lebih tua dari mereka.

Usaha untuk mendapatkan ulasan dari mereka yang terlibat dalam isu ini sedang dilakukan dan kenyataan terbaru hanya akan dapat ketahui seawal-awalnya pada petang ini.



Gambar 1

13 comments:

Anonymous said...

salan..
saya setuju dedahkan perbuatan ni tapi sepatutnya jgn letak contoh flyer dalam ni. nanti semua org baca. yang malu TNC.. biarlah yg buat dapat dosa je.. tu pendapat saya..

hanzalah said...

penipu.ya Allah tunjukkan sapa yang benar di dunia dan akhirat nanti.agar bersih segala fitnah..amin

ahlipkir said...

mm..nampak mcm suara upsi ni dh tau awal2...peliklah..siap gmbr colour lg..ade yg sponsor ke...sure yg sponsor tue kaya kan.. bgsla orang2 yg faham hukum Islam, terus p kutip2 flyers2 tuh..bkn terus menyebarkan dlm blog..dahla tulis nama ALLAH,dipijak2 mcm mane? kesian kat tnc.

Fadhlullah Universoul said...

salam..sy tau masalh ni masalah dlmn UPSI..kedua pihak ada kerisauan dan kepentingan masing2..

bagi sy memang tak sepatutnya keluar secara bermai2,semasa Jac mengucapkan Hello kpd semua yang dtg..

Jac tak bersalah,tetapi pelajar & msyrkt UPSI yang bermasalah..

himpunan semalam memang ada pro dan kontra..semalam sy lihat sketeriat mcm Suiz & Shahril berusaha untuk mengawal telatah excited mahasiswa melayu islam kita berbanding mereka yang beragama lain..

tetapi masalah flyrs ke3 mmg meragukan..ini sy tak bersetuju..mmg mereka tak suka UMNO,mcm sy sndiri tidak berkenan dengan UMNO secara pribadi,tetapi utk melakukan perkara sedemikian sangat keterlaluan..

budaya fitnah menfitnah sangat keterlaluan pada masa ini..

ianya spt semut hitam yang merayap dibatu Hitam pada waktu malam...

fikir2kanlah..

mana flyers 1 & 2??

Anonymous said...

YA ALLAH!! berikan lah petunjukkan kpd org yg sanggup melakukan perkara ini.

sungguh memalukan flyers seperti ini di UPSI. sebuah universiti yg akan melahirkan pendidik dan akan membangunkan anak bangsa..sanggup menghina TNC sendiri. ini kah contoh yg akan dtunjukkan kpd palajar2 kita kelak???

tepuk dada tanyalah iman.
jgn lah menyebarkan fitnah.sesungguhnya dosa menfitnah lebih besar dr membunuh.ALLAH akan tunjukkn kebenaran bila2 masa yg DIA mahukan!!!!

Nurul S Othman said...

INI FITNAH......

Allah lebih mengetahui...

Fadhlullah Universoul said...

minta SuaraUPSI supaya tampil..mana dapat original version???

kalau boleh,bagi flyers tu pd pihak forensik..

yg original tu pn bg kat forensik..sbb hny suaraupsi je yang ada pamerkan benda ni..

Team Admin said...

Tindakan mengedarkan "flyers" ini adalah selari dan konsisten dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak penentang.

Anonymous said...

blog suara upsi mcm sampah..
Busuk dengan fitnah..
tak laku..

Anonymous said...

hm..aku tau sebenarnye sape yg buat ni..yg pasti,bkan yg korang sangkekan..aku kenal bdk yg buat ni..wey, korg ni pon, jgn la fitnah bdk2 yg xbuat, kalu btul korg nampk flyer tu diedarkn oleh si fulan2..SILA TAMPILKAN BUKTI, sbb org yang ader ilmu ttg islam, xbuat bende ni..ni adalh ape yg kite ckp, perang saraf..

pihak musuh nak nampakkan yg pihak lg satu yg buat, padahal..diorg yg buat..aku bkn nak ckp per,pd tgn2 yg taip tok menfitnh org yg xbuat bende ni..korg tggu je lah pemblsn nyer..sbb kat sana nti,org yg difitnh ni akn TUNTUT maruah diorg YG KORANG..KORANG BUAT..aku kenalla bdk2 yg xbersalah ni, hati diorg pon xsanggup buat bende ni..hanyer hati yg BUSUK LAGI HINA SANGGUP wat gini..]

KORANG YG KAT ATAS YG MERAGUKAN PON,HARAP DAPT FIKIR SECARA Waras!! jujur la aku ckp, aku ni xambil belah mane2..tp aku ader mata hati yg tau kebenaranyer..kim slm kat bdk yg edarkan flyer berlagak cam bdk pakai tdg labuh pakai jaket..wal hal tdung tu, tdg pinjm n jaket tu nak kaburkan pelajar seolh2 bdk2 dr pro kebajikan yg wat..wey..dh la..sakit jer ati aku, korang2..jgn smpai xsempat mintk maaf kat bdk2 yg korang fitnah, sbb..KORANG FIKIRLAH sendiri..

Anonymous said...

cop..aper ko ckp? tudung lbuh n jaket tu pinjm..ya, allah..mati2 aku ingt bdk2 yg pakai tdg labuh yg buat, kire diorg menyamarla ni..hm..truk btl la org yg menyamar ni..hati busuk sungguh!!

mentg2 la diorg pakai tdg lbuh,pakai kopiah, korg bruk2kn imej yg dibawah oleh pemakaian yg islam gariskn dlm islm..ey, menyesl btul aku percy blog ni..aku tau la pilihan raya nak dekat..korang main kotor yea nak pancing perhatian mahasiswa tok cemarkan maruah diorg yg xbersalah, sekurang-kurangnye diorg yg membantah dh jumpe TNC untuk berbincg,tp korg tau tnc ckp aper? ni yg aku dgr dr sumber yg pg sendiri pd tnc tok menyelesaikn mslh jac ni..boleh dier ckp ."ok, tgas awak dh selesai, awak dh bgtau sy,,sekarang awak boleh balik..cam tu gaye seorg pemimpin..adus..sedih btol aku dgn dier..ni, bagaimana nk KURANGKAN BEBANAN UPSI TOK BAYAR RM75,000 DARI KEWANGAN KONVO..yg korang tau,sebarkan firnh, wat malu org islam..memeg korang ni xberbangge ey jd org islam..lg suke tgok pompuan pakai bju ketat, bukak jaket (konon nak wat gimik r time show)..ITU YG KORANG BANGGEKAN??!!

aku ni nk ckp bnd yg benarlah, BUKAN fitnah!! time ni lah pihk musuh yg sebenar nk wat muke baik,xbersalh,konon xtau maner dpt ORIGINAL VERSION flyers tu..WALHAL BLOGGERS ni kot punyer geng yg wat..well,yea lah..yg kitrg dpt dr angkara insan yg xder perasaan bersalah mencmpakkan KALIMAH MULIA ALLAH ni merate2..dengan mentaburkn kat upc ni, boleh tergamak nk tuduh org lain..ntah2 mmg dpt kebenaran tnc kot, kalux mesti dh lame buat siastn..ni x..senyap jer..janji bdk upci tau yg side bdk2 tdng lbuh yg punyer keje..well..u all guys, kalu nk tau..ni adlh satu tektik tok prk akan dtg..pape pon..teruskanlh dgn penyebrn berita yg ntah hape2..tgkla followers die..3 org jer..kesian btul..

nampk sgt org xsuke dgn blog ni..kpd bloggers suaraupsi(yg pasti bkan suare aku:xsanggup mengku bdk upsi kalu inilh dikatekan suare bdk upsi)..hrp tuhan bkak kan lah hati korg..

Anonymous said...

selari dgn pihak penetang ker selari dengan perancangan korang nak burukkan islam..ingt kitorg ni BODOH ker mcm BLOG SAMPAH NI ni punyer blogger, org mintk tmpil bukti, dier ckp cam sampah.beruk kat hutan lagi pandai dr korg ..dh lah xreleven,baru buat blog dh smpai 13 ribu, konon nk tunjkkn ramai la yg tgok. huh..sekali lg ingt ktorg ni xreti ker? blog xlaku..

Anonymous said...

selari dgn pihak penetang ker selari dengan perancangan korang nak burukkan islam..ingt kitorg ni BODOH ker mcm BLOG SAMPAH NI ni punyer blogger, org mintk tmpil bukti, dier ckp cam sampah.beruk kat hutan lagi pandai dr korg ..dh lah xreleven,baru buat blog dh smpai 13 ribu, konon nk tunjkkn ramai la yg tgok. huh..sekali lg ingt ktorg ni xreti ker? blog xlaku..