Tg Malim, 11 Ogos - Istiadat Konvokesyen UPSI ke 11 sidang 2 yang akan bermula dari ini bakal diserikan dengan kehadiran DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun selaku Canselor UPSI.
Baginda yang dijangkakan akan tiba sekitar jam 9 pagi dengan iringan ketat polis akan memasuki kampus UPSI melalui Pintu Utama dan terus ke Bangunan Suluh Budiman sebelum masuk ke Dewan SITC untuk menyampaikan skrol kepada penerima PhD dan Master.
Baginda juga diberitakan akan menyampaikan Doktor Falsafah (Kehormat) kepada mantan Perdana Menteri yang ke-5, Tun Abdulah Badawi sebagai menghargai jasa-jasa yang dicurahkan kepada negara sepanjang tempoh pemerintahan beliau.
Upacara yang penuh dengan adat istiadat ini akan turut dihadiri oleh ahli Lembaga Pengurusan Universiti (LPU), Naib Canselor, Timbalan -Timbalan Naib Canselor, Dekan-Dekan, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai universiti yang lain .
No comments:
Post a Comment