Wednesday, July 29, 2009

YDP MPP mohon jangan buat andaian sendiri

Tg Malim , 30 Julai , 12.30 tengahari - Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP UPSI), Saudara Mohd Hairie b. Abdullah memohon mahasiswa UPSI supaya tidak membuat andaian sendiri tentang cuti kerana Suaraupsi telah menerima banyak maklumat yang menyatakan bahawa ada mahasiswa UPSI yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing dan ramai juga yang di laporkan telah siap sedia mengemaskan barang-barang untuk pulang ke rumah masing-masing andai perintah penutupan selama seminggu di laksanakan di UPSI.

Beliau memohon agara mahasiswa bertenang dan bersabar menunggu berita rasmi yang akan disampaikan dari Pejabat Naib Canselor UPSI , Dato' Aminah Bt Ayob.

Sementara itu, wartawan Suaraupsi di Khar melaporkan pihak pengurusan kolej telah membuat pengumuman bahawa mahasiswa tidak dibenarkan dari kolej kediaman kerana pengagihan kupon makanan yang bernilai RM3.50 sedang dilaksanakan dan kupon itu boleh digunakan di kafe Khar di bawah blok 1.

Di Kolej Aminuddin Baki pula, pihak pengurusan kolej telah memohon jasa baik mahasiswa untuk sama-sama bergotong royong meyediakan makanan kepada semua mahsiswa yang tinggal di kolej itu .

Sumber Suaraupsi juga melaporkan terdapat lebih kurang 150 orang pelajar UPSI sedang menunggu untuk menjalani pemeriksaan H1N1 di Klinik Kesihatan Tanjung Malim . Mereka dibawa ke sana dengan menggunakan bas yang disediakan oleh Unit Pengangkutan UPSI.

No comments: