Wednesday, July 29, 2009

Perkembangan terkini H1N1 di UPSI

Tg Malim , 30 Julai , 11.55 pagi - Wartawan-wartawan Suaraupsi yang berada di kawasan kampus dan kolej-kolej kediaman melaporkan suasana sunyi sepi seperti tidak ada penghuni walaupun semua pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej masing-masing. Menurut salah seorang penghuni kolej kediaman yang di temui , Azlan , keadaaan amat mengejutkannya kerana dengan bilangan yang ada di kolej kediaman , susana yang di jangkakan adalah bising, sama seperti yang dialami ketika pengumuman perintah kuarantin di buat jam 1 pagi malam tadi.

Di kampus pula , sesetengah pensyarah yang tidak sempat dimaklumkan tentang penutupan kampus UPSI kehairanan apabila memasuki kelas masing-masing kerana tiada seorang pun pelajar berada di bilik kuliah. Pihak UPSI pula telah mengeluarkan memo yang boleh dilayari oleh mahasiswa UPSI di Portal Rasmi UPSI.

Sumber Suaraupsi di kampus juga melaporkan bahawa mesyuarat pihak pengurusan tertinggi universiti masih lagi sedang berlangsung dan Suaraupsi akan melaporkan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

No comments: