Wednesday, July 29, 2009

H1N1: CUTI 29 Julai- 8 Ogos

Tg Malim ,30 Julai , 3.00 petang - Pihak UPSI telah mengeluar pengumuman bahawa pelajar di benarkan bercuti mulai 29 Julai hingga 08 Ogos 2009 dan 29 Julai hingga 02 Ogos perlu di ganti kuliah semula. Ini bermakna cuti mid sem yang di jangkakan bermula dari 15- 23 Ogos telah di awalkan kepada 03-08 Ogos 2009 .

Pelajar boleh bergerak keluar dari kawasan kolej bermula jam 3 petang dan bas kitaran di sediakan sehingga jam 6 petang sahaja.

Suaraupsi juga mendapat maklumat bahawa kakitangan turut di berikan cuti kecuali kakitangan dan felo yang bertugas di kolej.

Suaraupsi memohon agar para pelajar menjaga keselamatan diri masing semasa dalam perjalanan pulang dan mendoakan semua pelajar selamat.

No comments: