Wednesday, July 29, 2009

Terkini: Kelas dan aktiviti di batalkan

Tg Malim , 29 Julai - Wartawan Suaraupsi mendapat maklumat bahawa semua kelas dan aktiviti pelajar di semua kolej dan kampus di batalkan mulai hari ini sebagai langkah pencegahan awal terhadap virus selsema babi yang telah di sahkan positif di Kolej Za'ba .

Lima buah kolej kediaman iaitu Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) , Kolej Ungku Omar (KUO), Kolej Za'ba (KZ) dan Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah melaksanakan perintah kuarantin bermula pada awal pagi ini.

Serentak dengan pengesahan ini , Pengarah Kesihatan Perak telah mengarahkan agar UPSI di tutup dan Naib Canselor UPSI, Dato' Aminah Bt Ayob dijangkakan akan mengeluarkan arahan penutupan sementara kampus pada pagi ini .

Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP UPSI) , Saudara Mohd Hairie B. Abdullah ketika di hubungi oleh Suaraupsi memohon agar mahasiswa tidak panik dengan keadaan ini dan merayu agar mahasiswa UPSI mematuhi perintah kuarantin yang dilaksanakan ke atas mereka demi kebaikan bersama.

Beliau juga memohon mahasiswa UPSI agar meningkatkan usaha menjaga kebersihan diri masing-masing seperti memakai topeng perlindungan muka (face-mask) dan membasuh tangan dengan cecair pembasmi kuman selepas melakukan sesuatu .

"Kami akan melakukan sedaya yang mampu untuk membantu mahasiswa UPSI menghadapi keadaan yang sukar ini dan segala perkembangan akan dilaporkan dari masa ke semasa supaya mahasiswa dapat mengetahui perkembangan terbaru tentang kes ini di UPSI", tambah beliau lagi.

Wartawan-wartawan akan berusaha untuk melaporkan perkembangan terkini meskipun terhad dengan perintah kuarantin. Ekslusif dan terkini untuk mahasiswa UPSI.

No comments: