Wednesday, July 29, 2009

Terkini : 4 pelajar KZ di sahkan positif H1N1 , UPSI mungkin di tutup

Tg Malim , 29 Julai - Berita lewat malam yang diterima Suaraupsi mengesahkan empat pelajar Kolej Za’ba telah disahkan positif H1N1 .Seluruh pelajar di Kolej Za’ba dan Kolej Aminudddin Baki telah diletakkan dalam keadaan kuarantin bagi menghalang penyebaran virus ini .Seluruh pelajar dilarang keluar dari kawasan kolej bermula jam 1 pagi ini. Bagaimanapun maklumat lengkap tentang pelajar yang di jangkiti pandemik ini masih belum di perolehi dan pihak Upckini masih menunggu butiran lanjut dari wartawan-wartawan Suaraupsi di sana.

Wartawan Suaraupsi di Khar melaporkan bahawa pihak pengurusan kolej telah membuat pengumuman pada jam 1.30 pagi ini bahawa seluruh kawasan Khar telah dikuarantin dan pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej dan makanan boleh dibeli di kafe kolej.

Pihak pengurusan kolej telah mengadakan mesyuarat tergempar di antara felo dan pengetua kolej pada jam 1 pagi ini dan hasilnya dijangka diperolehi selewat-lewatnya jam 3 pagi ini.

Mesyuarat pegawai kanan universiti bersama Naib Canselor, Dato‘ Aminah Bt Ayob dijangka di adakan seawal pagi esok dan keputusan untuk menutup UPSI dijangkakan akan diketahui seawal jam 10 pagi.

Teruskan bersama Suaraupsi untuk perkembangan terkini tentang virus ini dari masa ke semasa.

No comments: