Wednesday, July 29, 2009

H1N1 : NYDP MPP turun padang

Tg Malim, 29 Julai, 2.30 pagi - Setelah disahkan pelajar UPSI positif kes H1N1, Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (MPP UPSI ) telah mengambil langkah segera dengan bertindak pantas dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada rakan-rakan mahasiswa terdekat untuk disebarkan kepada seluruh mahasiswa UPSI.

Satu sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh wartawan Suaraupsi, dikirimkan oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, ( YDP MPP UPSI), Saudara Hairie b. Abdullah menyatakan "Kepada sahabat-sahabat UPSI, harap anda yang dikuarantinkan di kolej-kolej kediaman berada dalam keadaaan tenang, InsyaAllah beberapa keperluan anda sedang diusahakan oleh pihak universiti dengan kerjasama HEP dan MPP akan disalurkan kepada anda sekalian setakat kemampuan MPP dan UPSI. Sila sebarkan pesanan pesanan ringkas ini kepada sahabat-sahabat mahasiswa UPSI anda.Terima kasih. Mohd Hairie b. Abdullah, YDP MPP UPSI".

Naib Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (NYDP MPP UPSI), Saudara Saifulddin b. Mohamad yang menetap di Kolej Harun Aminurrashid mengambil inisiatif untuk turun padang membuat pengumuman tentang H1N1 di seluruh kawasan Bahtera Arked, Khar, Kuo dan Taman Bahtera sejurus dimaklumkan tentang berita ini. Beliau turut mendapat kerjasama dari Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Khar.

MPP UPSI telah menggerakkan semua ahli Majlis Tertingginya untuk segera turun padang menyelami masalah-masalah yang telah, sedang dan bakal dialami oleh mahasiswa UPSI berhubung dengan virus H1N1, bersesuaian dengan misi utama mereka untuk menjaga kebajikan seluruh mahasiswa terutamanya dalam keadaan seperti sekarang ini.

No comments: