Thursday, July 30, 2009

Pengangkutan percuma dapat sambutan hangat

Tg Malim, 30 Julai - Berita tentang pengangkutan percuma untuk mahasiswa UPSI pulang ke ke kampung halaman masing-masing tersebar dengan pantas kepada seluruh mahasiswa melalui perbualan mulut ke mulut dan sistem pesanan ringkas (SMS). Usaha yang dipelopori oleh seorang pengetua kolej kediaman ini telah mendapat lampu hijau dari Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEP&A), Prof Shaharudin B. Abd Aziz di buat atas dasar mahu melihat kebajikan semua pelajar terpelihara dan tanggungjawab sebuah universiti ke atas mahasiswanya walaupun terpaksa menanggung kos yang agak banyak untuk tujuan ini.

Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, YDP MPP UPSI, Saudara Mohd Hairie b. Abdullah menyambut baik usaha ini dan mengalu-alukan langkah yang disifatkan sebagai bijak dan tepat pada masanya. "Langkah ini selaras dengan usaha MPP UPSI yang sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar UPSI sejak dari dulu lagi ", ujar beliau. Beliau juga telah mengambil langkah dengan menghantar SMS perkhidmatan percuma pengangkutan itu kepada semua mahasiswa yang di kenalinya. SMS tersebut yang berbunyi "Atas jasa baik Universiti ,pengangkutan percuma untuk pelajar pulang ke kampung akan di sediakan di dua lokasi (Khar&Kz) untuk ke Pantai Timur, Utara dan Selatan pada jam 2.30 petang esok (hari ini), daripada YDP MPP" telah disebarkan secara meluas untuk memberi peluang kepada mahasiswa yang tidak berkemampuan pulang ke rumah masing-masing.

Beliau berharap mahasiswa tidak lagi perlu rungsing untuk kembali ke kampung halaman jika tiket pengangkutan awam telah habis di jual dan beliau mendoakan mahasiswa UPSI sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan selamat.

No comments: