Wednesday, July 29, 2009

Pelajar UKLK juga dikuarantinkan

Tg Malim , 29 Julai , 3.30 pagi - Setelah dikejutkan dengan perintah kuarantin , pihak Suaraupsi menerima beberapa e-mail dari mahasiswa UPSI yang bertanyakan pelbagai soalan berkaitan kes H1N1 ini .

Salah seorang pengirim, Din , yang mendakwa tinggal di rumah sewa ,mahukan kepastian sama ada pelajar UKLK di benarkan balik ke kampung halaman masing - masing berikutan perintah kuarantin yang diarahkan oleh pihak pengurusan universiti.

Wartawan Suaraupsi yang menghubungi Setiausaha Agung MPP, Saudara Mohd Razik b. Khalid melalui pihak ketiga telah diberikan kenyataan bahawa semua pelajar UPSI termasuk UKLK tidak di benarkan meninggalkan kediaman masing-masing dan mereka juga tertakluk kepada arahan kuarantin seperti mana empat kolej kediaman yang lain .

Saudara Razik juga menjelaskan bahawa kawasan kampus telah dijadikan kawasan larangan bagi pelajar UPSI dan tiada sebarang aktiviti dibenarkan pada masa sekarang sehinggalah perintah ini ditarik balik oleh pihak pengurusan universiti.

Beliau juga berharap mahasiswa UPSI dapat mematuhi dan memahami perintah dan keadaan yang dialami pada masa sekarang dan sebarang berita terbaru akan segera disampaikan kepada seluruh mahasiswa UPSI.

1 comment:

zubid said...

http://myupsi.upsi.edu.my/publicNews.jsp?newsID=654