Monday, April 4, 2011

Kedai Peralatan Komputer Taman Universiti Terbakar

Tg  Malim , 04 April – Sebuah kedai menjual peralatan komputer di Taman Universiti  berhadapan dengan Pintu Timur terbakar pada awal tengahari ini.

Dalam kejadian yang berlaku  pada waktu puncak 01.30 tengahari tadi , asap hitam dapat dilihat dari kedai berkenaan sebelum pihak Bomba dan Penyelamat tiba kira-kira 5 minit kemudian.

Tidak ada api yang menjulang keluar dari premis berkenaan dan menurut saksi-saksi  yang berada ditempat kejadian , api tidak sempat marak kerana pihak Bomba dan Penyelamat tiba awal di tempat kejadian kerana Balai Bomba terletak berdekatan dengan lokasi kejadian.

Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan dan tidak ada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.Jumlah kerugian juga masih belum ditaksirkan.

Untuk rekod, kedai berkenaan menjual  ‘laptop’ berjenama Acer.

No comments: