Thursday, February 17, 2011

PRK : Gugur syarat kursus ,penjelasan HEP

Tg Malim , 17 Febuari 2011 - Tindakan pihak pentadbiran UPSI melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) menggugurkan syarat bahawa mahasiswa yang ingin menjadi calon PRK yang akan datang mesti mengikuti kedua-dua siri kursus kepimpinan telah menimbulkan polemik yang hangat dari kalangan mahasiswa yang ingin bertanding dan para pemerhati politik kampus.

SuaraUPSI melalui artikel yang lepas telah membawa perkara ini untuk pengetahuan umum dan pihak Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar  (SPMPP) telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarat tersebut terpaksa digugurkan bagi membolehkan calon-calon Institut Pengajian Siswazah (IPS ) yang mengambil ijazah sarjana di UPSI menghantar dua orang calon mereka pada PRK kali ini.

Ini kerana bilangan mahasiswa yang mengambil ijazah sarjana tidak ramai bilangannya di UPSI dan oleh kerana cara pengajian mereka yang terbahagi kepada sepenuh dan separuh masa  tidak memnungkinkan mereka untuk mengikuti kedua-dua siri kursus kepimpinan yang diadakan.

Dengan makluman ini , pihak SuaraUPSI selaku medium penyampai kepada mahasiswa UPSI berharap para mahasiswa dapat memahami rasional disebalik tindakan mengejut ini.

Notis tersebut oleh dibaca  di sini.

No comments: