Wednesday, January 26, 2011

Terkini : MPP dibubarkan 12 Febuari ??

Tanjong Malim , 26 Januari -  Teka-teki sebenar tarikh-tarikh penting  untuk proses Plilihanraya Kampus (PRK) akhirnya terjawab pada petang ini.

Pihak SuaraUPSI yang mendapat maklumat berkaitan perkara ini dimaklumkan oleh dua sumber yang tidak mahu dikenali bahawa kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 akan dibubarkan pada 12 Febuari 2011 sementara sumber kedua pula menyatakan pada 15 Febuari 2011.

Hari Penamaan Calon pula akan dilangsungkan pada 17 Febuari 2011 dan dengan mengambil kira lokasi tempat ia dilangsungkan pada tahun lepas , Bilik Seminar Bangunan Bitarasiswa sekali lagi akan dipilih untuk tujuan ini.

Maklumat yang diperolehi juga menyatakan bahawa kemuncak kepada proses demokrasi ini adalah pada 21 Febuari ataupun 23 Febuari dimana mahasiswa dan mahasiswi UPSI yang layak mengundi akan menjalankan kewajipan mereka di kolej-kolej kediaman dan kawasan kampus.

Pihak SuaraUPSI akan sentiasa mengemaskini tarikh-tarikh penting ini apabila maklumat terbaru diterima.Teruskan bersama SuaraUPSI untuk perkembangan lanjut.

1 comment:

Anonymous said...

CAHIYOK2X.........PIMPINAN BITARA SENTIASA BERSAMA MAHASISWA...BETULKAN APA YANG DILONTARKAN OLEH PIHAK YANG TIDAK PERNAH MENSYUKURI NIKMAT YANG DIBERI...YANG BENAR TETAP AKAN DILINDUNGI DAN DIKASIHI