Friday, January 28, 2011

PTPTN Masuk : ATM Bakal Diserbu





Tanjong Malim , 28 Januari  - Mahasiswa dan mahasiswa UPSI kini boleh menarik nafas lega apabila wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini telah dikreditkan kedalam akaun pelajar bermula 12.00 tengah malam semalam.

Ruangan Facebook menjadi medan pemberitahuan kepada mahasiswa untuk menghebahkan berita yang ditunggu-tunggu ini kepada rakan-rakan mereka dan bagi mengesahkan perkara ini, ada yang sanggup memeriksa baki di ATM manakala sesetengahnya pula memeriksa penyata kewangan mereka di UPSI Portal.

Tinjauan SuaraUPSI ke ATM di kawasan Kolej Harun Aminurrashida , Kolej Aminuddin Baki dan Kampus mendapati tidak kurang dari 10 mahasiswa sedang beratur untuk memeriksa baki dan mengeluarkan wang.

Raut wajah merekaa jelas kelihatan gembira. Pelbagai gaya kelihatan menandakan mereka tidak lagi tertekan diburu masalah kewangan.

Dijangkakan ATM bakal sesak mulai petang ini dan pihak SuaraUPSI berharap mahasiswa dan mahasiswi dapat menggunakan dengan sebaiknya wang pinjaman PTPTN ini supaya tidak menghadapi masalah kewangan dihujung semester ini.

1 comment:

Akubah said...

semalam menunggu detik 12 malam untuk check melalui perbankan internet tetapi hampa. baki tetap tak berganjak. check semula selepas azan subuh, akhirnya mengkhabarkan berita gembira..