Sunday, January 30, 2011

BTN Pupuk Semangat Patriotisme

Tg Malim 30 Januari - Kem Kursus Kepimpinan siswa siri ke 2 yang bermula 28 Januari hingga hari ini melibatan peserta-peserta dari dalam kalangan siswa/i yang bercita-cita menjadi seorang pemimpin siswa/i UPSI. Mereka kini berpeluang untuk mendekatkan diri dengan rasa kecintaan terhadap negara apabila berkursus dibawah bimbingan Biro Tata Negara.

Biro Tata Negara (BTN) merupakan satu badan yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri yang telah ditubuhan sejak tahun 1974 lagi. Objektif utama BTN adalah memupuk semangat Patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan memupuk rasa kecintaan terhadap tanah air.

SuaraUPSI menyokong tindakan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang melibatkan BTN dalam kursus kepimpinan ini berikutan BTN sangat berpengalaman dalam memberi latihan kepimpinan kepada siswa/i. Sesuai dengan tujuan JHEP&A yang ingin melahirkan pemimpin dalam kalangan siswa/i yang mempunyai jati diri terhadap negara.

Namun begitu bagi siswa/i yang mempunyai tahap semangat  patriotisme yang cetek, mereka menganggap BTN ini sebagai tempat untuk mengindoktrinasi fahaman politik kerajaan yang memerintah tanpa memikirkan kelebihan yang mereka perolehi selepas terlibat dalam kursus.

Pemikiran-pemikiran negatif seperti ini perlu diubah oleh siswa/i kerana sebagai siswa/i yang cerdik boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk, mahasiswa proaktif tidak semestinya mahasiswa yang menolak segala usul dan tindakan kerajaan atau pihak Universiti tetapi mahasiswa yang proaktif adalah mahasiswa yang sering bertanya mengapa dan bagaimana serta menilai dengan rasional.

Semoga siswa/i yang mengikuti kursus tersebut menggunakan input-input dan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari seterunya melatih diri untuk menjadi seorang rakyat Malaysia yang cintakan tanah air dan keamanan.


1 comment:

Anonymous said...

BTN mendidik untuk meningkatkan semangat patriotisme cintakan pemerintah untuk memartabatkan bangsa dan memelihara keharmonian negara....anasir2 luar yang menular perlu ditangkis..inilah peranan anak muda yang perlu bersama meneruskan keamanan yang dikecapi...BTN hanya menjalankan tugas...ilmu yang dikongsi akan kami gunakan sebaik mungkin