Thursday, January 20, 2011

Isu PTPTN kini di Politikkan

Tg Malim, 20 Januari - Isu kelewatan PTPTN yang hangat baru-baru ini telah mendapat liputan meluas dari blogger-blogger sekitar UPSI dan membuatkan semua siswa/i UPSI menjadi resah gelisah dengan kelewatan ini. Ada pihak yang menyalahkan pihak PTPTN, ada juga pihak yang menyalahkan Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI dan ada juga pihak yang menyalahkan pengurusan Bendahari UPSI.

Wartawan SuaraUPSI yang sudah lama menyepi kini terpanggil mengajak rakan-rakan UPSI sama-sama berfikir dan menganalisis bersama isu kelewatan PTPTN.  Isu bermula apabila siswa/i UPSI masuk semula ke kampus pada 3 Januari 2011, tetai pada masa tersebut masih lagi kurang hangat kerana didalam poket siswa/i UPSI masih ada bekalan biasiswa father and mother(FaMo) untuk digunakan sementara PTPTN masuk. 

Kita lihat pula perjalanan takwim semester lepas, pada semester lepas kita diberikan cuti khas yang panjang selama tiga minggu dan pada masa tersebut cuti ini kurang menjadi isu kerana memang sudah kesukaan siswa/i untuk mempersiapkan diri dengan masa yang panjang bagi menghadapi peperiksaan, tambahan pula dalam cuti khas tersebut masyarakat Muslim menyambut perayaan Hari Raya Haji.

Bermulanya peperiksaan akhir semester lepas pula pada 22 November 2010 dan tamat peperiksaan pada 4 Disember 2010. Masa yang diberikan oleh Bahagian Akademik UPSI pada pensyarah untuk menanda kertas soalan adalah paling maksimum 10 hari waktu bekerja. Bermula dari 6 Disember 2010 hingga 17 Disember 2010 pensyarah perlu menanda kertas peperiksaan dan seterusnya tarikh mesyuarat jawatankuasa peperiksaan adalah pada 24 Disember 2010 dan keputusan rasmi peperiksaan dikeluarkan pada hari tersebut. 

Namun begitu pada tarikh 20 Disember 2010 adalah merupakan tarikh akhir pihak Universiti di seluruh Malaysia menghantar keputusan peperiksaan kepada pihak PTPTN untuk membolehkan pelajar menerima PTPTN seminggu selepas masuk ke kampus. 

Jadi disini saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian berfikir dan menganalisis, dengan cuti khas 3 minggu yang diberikan kepada siswa/i UPSI mempersiapkan diri masing-masing sebelum menjawab peperiksaan dan sudah pasti siswa/i berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi kerana mempunyai masa yang panjang untuk mempersiapkan diri.

PTPTN yang lewat memang membebankan siswa/i tetapi dengan persiapan yang panjang dan juga keutusan yang baik, mungkin siswa/i perlu sedikit bersabar dengan kelewatan ini. kerana kelewatan ini jugalah yang membuatkan keputusan siswa/i meningkat akibat persiapan yang lengkap.

Wartawan SuaraUPSI sempat menghubungi YDP MPP saudara Mohd Razik Bin Khalid yang baru sahaja pulang dari Australia bagi menyiapkan kajian berkaitan pengangkutan awam di sana bagi mendapatkan sedikit pandangan. Beliau berkata " Pihak UPSI sangat baik hati khususnya Y.Bhg Dato' VC kerana meluluskan pemberian Advance kepada siswa/i sebelum PTPTN dikreditkan ke akaun pelajar.

Apabila ditanya mengenai pihak yang memanipulasi SMS yang di hantar oleh YDP beliau berkata " saya pelik, mengapa setelah saya berbincang dengan Y. Bhg. Dato VC dan persetujuan diperolehi baru mereka nak buat tindakan, ambil tandatangan serta tukar ayat dalam sms saya dan sebagainya, mengapa sebelum saya pulang dari Australia mereka tidak laksanakan perkara ini " dan inilah yang dikatakan mempolitikkan isu dan siswa/i harus sedar dengan perkara ini " ujarnya lagi.
  

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Biasa lah wahai wartawan suara upsi... sudah menjadi kebiasaan mahasiswa UPSI, bila susah baru nak cari pentadbiran sume... Bila MPP buat program, semua macam biskut...lesu, yang join pon muka-muka sama sahaja.. Yang lain lesu, patut pon semua gagal temuduga dengan pihak KPM...
Jangan nak menyalahkan pihak KPM selepas ini kalau anda semua tidak berkualiti. Baru sikit isu ptptn, dah melatah. Siap buat memorandum lagi.
Untuk pengetahuan anda semua, bila dah jadi kakitangan kerajaan nanti, tunggakan gaji untuk kenaikan biasenya lepas setahun baru dapat, jadi sudah pasti semua mahasiswa upsi menghantar memorandum lagi kepada pihak kementerian untuk memboikit dan sebagainya. Inilah, sikit2 memorandum... hal mahasiswa lah itu lah ini lah... saja nak MEMPOLITIKKAN ISU.
Well.... YDP Razik, sudah menjalankan tugas dengan baik selaku YDP MPP. Semua pandai bersuara, tapi tidak ada berani yang boleh pikul tugas YDP MPP, bukan di UPSI shj, malah mana2 IPTA....
Teringat kata2 Dato VC, Prof Aminah Ayob satu ketika dulu.... KITA BUKAN ORANG POLITIK, TAPI KITA ORANG AKADEMIK... so think like as academician k...
Suara UPSI, mahasiswa memang senang di pengaruhi kerana pihak2 tertentu akan memainkan isu2 kebajikan lagi seperti2 dulu... Sedangkan isu-isu tersebut telah lapuk ditelan zaman.
Barisan kepimpinan baru nanti perlu memikirkan keintelektualan ilmu akademik dan pengembangan serta pengantarabangsaan MPP pada masa akan datang agar mentaliti mahasiswa kita setanding dengan negara maju.

Sekadar berkongsi;

Saya Guru Bitara.
ex UPSI'an
06

Anonymous said...

owh itu memang biasa, golongan tidak sedar diri ini memang suka mempolitikkan apa sahaja,apa sahaja asalkan ia boleh memberi publisiti murahan kepada diorang..