Monday, January 17, 2011

UPSI dan KHAR terima lawatan MB Perak petang ini

Tg Malim , 17 Januari - Bumi Tanjong Malim akan menerima kedatangan Menteri Besar Perak ,Yang Amat Berhormat  Dato' Seri Dr. Zambry b. Abd. Kadir pada jam 03.00 petang ini di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dan Kolej Harun Aminnurrashid.

Ini adalah aturcara rasmi majlis yang melibatkan beliau di Tg Malim petang ini :

03.00 Petang - Ketibaan Yang Amat Berhormat  Dato' Seri Dr. Zambry b. Abd. Kadir , Menteri Besar Perak ke Bangunan Canselori .

Ucapan Aluan dan Taklimat "Peranan UPSI dalam Pembangunan Modal Insan Negara Khususnya di Negeri Perak " oleh Yang Berbahagia  Prof .Dato. Dr Aminah Ayob , Naic Canselor UPSI di Bilik Mesyuarat BMUC, Aras 2 , Bangunan Canselori.

Ucapan  Y.A.B Menteri Besar Perak.


03.30 petang - Bergerak ke Kolej Harun Aminurrashid , Taman Bahtera .

Ucapan Y.A.B Menteri Besar Perak kepada pelajar

Perjumpaan Y.A.B Menteri Besar Perak bersama MPP

Press Conference

Jamuan Makan dan Bersurai

Pihak UPSI telah memilih jalan selamat dengan memasang kain rentang sempena kedatangan Menteri Besar ini di dalam kawasan  kampus di hadapan Bangunan E-Learning dan Pintu Utama. Ini berkait - rapat dengan peristiwa yang terjadi pada tahun lepas dimana kain rentang yang dipasang untuk menyambut kedatangan beliau pada tahun lepas telah di sembur dengan cat merah pada wajah beliau di kain rentang itu.

Lawatan beliau pada tahun lepas dibatalkan atas sebab-sebab tertentu .

Perbuatan tidak bertanggungjawab dan bermotifkan ideologi politik songsang dipercayai didalangi oleh sekumpulan mahasiswa UPSI yang tepengaruh dengan idealisme politik luar dan cuba menyebarkannya kepada mahasiswa-mahasiswi yang lain.

Pihak SuaraUPSI mengalu-alukan kedatangan beliau ke bumi Tg Malim dan berharap semua perancangan akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak di ingini.

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih YB bagi peruntukan 50K..Pihak UPSI , gunakan duit tu untuk beli buku , jangan buat benda lain pulak yer?