Friday, January 21, 2011

Berhati-Hati Dengan LMP

Tg Malim 21 Januari - "Be carefull with RADICAL fan page in facebook" Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Cinta Palsu salah seorang pengguna Facebook. Kenyataan Cinta Palsu yang mengatakan LMP ini sebagai satu page yang radikal merupakan luahan rasanya yang merasakan bahawa LMP sangat keterlaluan dalam mengupas isu dan pengikutnya sering mengeluarkan kenyataan yang radikal dan menentang arus perdana.

Beliau juga penggemar facebook menyifatkan bahawa LMP ini sebagai page yang kurang mesra dan sentiasa mencari kesalahan tanpa membuat analisis terhadap sesuatu masalah. Wartawan SuaraUPSI agak terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Cinta Palsu ini adakah ianya sebagai satu cara untuk mempopularkan LMP atau memang benar kenyataan beliau itu.

Sekiranya benar SuaraUPSI akan sentiasa menyokong penggemar facebook yang cintakan kedamaian dalam bersuara kerana warga SuaraUPSI mengamalkan Freedom of Speech With Responsibility (kebebasan bersuara dengan tanggungjawab). SuaraUPSI tidak mahu dengan penulisan yang kurang bertanggungjawab menyebabkan siswa/i UPSI berasa tidak puas hati atau mengadakan protes terhadap mana-mana pihak akibat penulisan yang radikal.

Menurut Y. Bhg. Dato' Dr Zaini Ujang dalam buku Membudayakan Ilmu mahasiswa adalah golongan bijak pandai yang boleh menganalisis isu, boleh berbahas menggunakan fakta, menulis dengan sifat tanggungjawab serta bijak menyesuaikan diri dalam masyarakat.  


3 comments:

Anonymous said...

Politik ganas PKR dan PAS telah sebati dalam diri diorang ni..x percaya?kaji dan selidik persamaan diorang

Anonymous said...

pkr dan pas politik ganas k?

Anonymous said...

kesian kepada budak2 ni yang menjadi buntut kepada PKR dan PAS..
apalah nak jadi ngan mahasiswa mahasiswi sekarang ni...

hmmm...
dengan bertindak radikal sehingga menjatuhkan maruah unveristi ni apa kes...

korang x sedarka korang 2 dapat masuk universiti pun sebab universiti sudi ambil korang..kalau x..jd sampah masyarakat sajalah korang ni..
adusss...x sedar2 dri lagi ka??