Friday, January 21, 2011

Sambutan Meriah Hari Terbuka Kolej Za'ba

Tg Malim 21 Januari - Hari Terbuka Kolej Za'ba kini masuk hari kedua dan wartawan SuaraUPSI sempat berlegar-legar menyaksikan ramai siswa/i memberi  sambutan terhadap acara dan program-program yang dilaksanakan. " Memperkasa Ilmu Merekayasa Kepimpinan " begitulah motto yang dicipta oleh JMK Kolej Za'ba berbentuk ilmiah dan mempunyai daya tarikan tersendiri sedikit sebanyak mecipta rasa kebersamaan antara Kepimpinan Kolej Za'ba bersama siswa/i UPSI selama empat hari berturut-turut.

Suka warga SuaraUPSI disini ingin menyatakan kepimpinan Kolej Za'ba menunjukkan perkembangan keintelektualan dengan mengelolakan program sebegini dan mengajak lebih ramai siswa/i turun bersama menambah nilai kemahiran insaniah dalam diri masing-masing disamping menambah nilai keusahawan dalam diri siswa/i. 

SuaraUPSI akan terus menyokong usaha JMK KZ dan kami akan membuat liputan dari masa ke semasa melaporkan program-program sampingan yang telah disediakan oleh JMK KZ kepada siswa/i UPSI. Harapan warga SuaraUPSI semoga objektif program yang telah digariskan pada peringkat awal dapat dicapai dengan jayanya.

   

No comments: