Monday, June 7, 2010

MPP dan JMK UPSI laksanakan program antarabangsa minggu ini

Tg Malim , 07 Jun - Walaupun mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris sedang bercuti semester namun kampus Utama dan kolej-kolej kediaman UPSI tidak pernah sunyi dengan aktiviti para pelajar yang melakukan gerak kerja untuk program masing-masing pada masa cuti dan semester hadapan.

Terbaru , Majlis Perwakilan Pelajar UPSI akan bertolak ke Kemboja untuk program Khidmat Masyarakat Antarabangsa Kemboja 2010 pada petang hari ini. Rombongan seramai 18 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI , 08 ahli Rakan Exco (Rexco ) dan 02 pegawai pengiring akan berada disana sehingga 12 Jun ini.

Program ini adalah siri ke tiga dan merupakan kesinambungan daripada dua program yang sama yang dianjurkan pada tahun-tahun sebelumnya yang melibatkan UPSI,Persatuan Kebajikan Islam Kemboja dan Kedutaan Malaysia di sana.

Antara program-program yang akan dianjurkan disana adalah penyempurnaan majlis akikah, pembahagian dan sumbangan barang-barang keperluan terutamanya pakaian untuk solat, sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak Islam dan lawatan dari kampung ke kampung. Kesemua keperluan adalah hasil dari peruntukan dan sumbangan orang ramai dan pihak UPSI sendiri.

Sementara itu , pihak Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Kediaman Harun Aminurrashid (JMK KHAR) pula akan bertolak ke Indonesia pada 08 Jun ini. Mereka dijangka mengunjungi Jakarta dan Bandung dalam rangka lawatan selama 06 hari disana.

Rombongan ini akan disertai oleh 25 orang bekas JMK KHAR sesi terdahulu dan diiringi oleh 03 pegawai pengiring. Mereka juga akan melakukan pelbagai program sepanjang berada disana. Antaranya ialah lawatan ke institut pendidikan tinggi disana selain lawatan ke tempat-tempat pelancongan menarik di Indonesia.

Pihak SuaraUPSI mendoakan semoga program-program yang dijalankan berjaya mencapai matlamat yang ditentukan supaya dapat menjulang nama UPSI diperingkat antarabangsa.

2 comments:

Anonymous said...

kemudahan SUKAN kt KHAR menyedihkan, duit ada wat p INDON sana.. membazir saja. nth brape puluh ribu habes..

Anonymous said...

huhuhhu...
btul 2...
asyik drang saja g makan angin...
kemudahan 2k pelajar khar xda poooonnn..
mana?mana??