Friday, January 22, 2010

Proses penamaan calon berjalan lancar

Tg Malim , 22 Januari - Proses penamaan calon pilihanraya kampus (PRK) UPSI pada hari berlangsung dalam suasana tenang dan aman tanpa sebarang kekecohan walaupun melibatkan jumlah yang agak ramai.Bilik Seminar Bangunan Bitarasiswa menjadi tempat penyerahan borang pencalonan masing-masing bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 11.00 pagi manakala sesi mengambil gambar calon-calon yang layak bertanding dilakukan di Bilik Mesyuarat MPP.


Suasana meriah seperti pilihanraya umum dapat dilihat apabila kumpulan Pimpinan Bitara berarak dari Bangunan Pusat Sukan UPSI ke Bangunan Bitarasiswa sambil ditemani hampir 200 orang penyokong yang terdiri daripada ahli-ahli dan ahli Majlis Tertinggi Kelab-Kelab dan Persatuan di UPSI.

Mereka dilihat berkumpul di Kafeteria untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang mewakili Pimpinan Bitara.

Keputusan awal calon-calon yang layak bertanding pada pilihanraya kali ini diumumkan lebih kurang jam 12.40 tengahari yang menyaksikan pertembungan 5 calon umum Pimpinan Bitara iaitu Mohamad Faizal Bin Mad Daud , Shaiha Binti Sulaiman , Nur Emillida Binti Yusoff , Muhd Muzakkir Afiq Bin Musa dan Khadijah Binti Mohd Bakri akan ditentang oleh 3 calon iaitu Mohd Zahar Bin Mohamed Nor , Nik Azrul Bin Nik Kamarudin dan Mohd Azri B. Amatan .

Pihak Pimpinan Bitara juga telah mendapat kemenangan bergaya tanpa bertanding di 5 buah Fakulti iaitu Fakulti Teknologi Malumat dan Komunikasi (FTMK) melalui calonnya Mohd Razik Bin Khalid dan Zuraini Binti Zamri, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (FPE) melalui Nurul Illyana Binti Mohamad dan Mohd Zulhelmi Bin Abdul Wahab , Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia (FSKPM) melalui Nurul Fathihah Binti Nor Azhar dan Nurul Fatimah Binti Kilat , Fakulti Sains Sukan (FSS) melalui Mohd Hafiez Bin Sabri dan Mazira Binti Nasiron dan terakhir di Fakulti Seni dan Musik (FSM) melalui pencalonan Muhd Nizamuddin Bin Samsudin dan Anis 'Artiqah Bt Ahmad.

Ini menjadikan hanya 3 Fakulti yang masih perlu melalui proses pengundian untuk memilih 6 ahli MPP. Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) akan menyaksikan pertandingan 2 penjuru di mana Pimpinan Bitara menghantar 2 orang calon mereka iaitu Eddy Safbree Bin Salim dan Mohd Sahril Bin Mohd Yusof yang akan ditentang oleh Nooranoo Binti Arifin manakala di Fakulti Bahasa (FB) , Pimpinan Bitara yang membariskan Mohammad Farhan Bin Abu Talib dan Siti Norbayu Binti Salleh akan ditentang oleh Mohd Amin Bin Mat Sidik dan Atiqah Binti Mohd Hasbi.

Untuk Fakulti Sains dan Teknologi (FST) , dua calon Pimpinan Bitara , Wan Nurul Huda Bt W A, Lah @ Wan Mohamad dan Nadiah Binti Mohd Khalid akan ditentang oleh Herwana Binti Herman.

Pimpinan Bitara dijangka tidak akan menghadapi laluan yang sukar untuk memenangi sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan pada kali ini.

Keputusan akhir calon-calon yang layak bertanding pada PRK kali ini akan diumumkan pada jam 4.45 petang ini di Bilik Bitarasiwa setelah selesai proses rayuan,bantahan dan penarikan diri calon yang dijangka berlangsung pada pukul 2.45 hingga 3.45 petang di Bilik Sekretariat Pencegahan Rasuah.

Untuk mengetahui keputusan yang terkini, teruskan bersama SuaraUPSI .Ekslusif hanya untuk anda hanya bersama SuaraUPSI.

Kemaskini jam 05.10 petang

Sejumlah 3 bantahan dikemukan untuk dipertimbangkan. Mohd Sahril Mohd Yusof mengemukakan bantahan terhadap Nooranoo Bt Arifin kerana mendakwa tanda tangan pengesahan pada borang pencalonan meragukan.Sementara itu Khadijah Bt Mohd Bakri membantah Mohd Azri B. Amatan kerana tiada pengesahan pada borang pencalonan dan kesalahan ejaan yang tidak ditandatangani dan yang terakhir Nadiah Bt Mohd Khalid membantah Herwana Bt Herman kerana mengisi borang bukan di tempat yang sepatutnya.

Keputusan akhir calon-calon yang layak akan diumumkan bila-bila dari sekarang.Teruskan bersama SuaraUPSI untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.

Kemaskini 5.20 petang

Berita terbaru yang diterima oleh SuaraUPSI menyatakan bahawa bantahan yang dibuat oleh Khadijah Bt Mohd Bakri terhadap Mohd Azri B. Amatan diterima. Oleh itu hanya dua calon umum akan bertanding melawan 5 calon umum Pimpinan Bitara.

5 comments:

Nooranoo Binti Arifin said...

perjuangan sudah bermula.sekali melangkah akan terus melangkah hingga ke akhirnya...

MiSS WaNa HeRMaN said...

terima kasih kerana membantah pencalonan saya...

Allah sentiasa bersama org yang benar...

sayang je duit rm 100 keluarkan utk bantah benda yg tak relevan...

kebenaran itu bukanlah sesuatu yang boleh disembunyikan....

Wallahualam....

Anonymous said...

eh si anu ni..tarik diri la..tanding pun buat kaah jer

Anonymous said...

miss wana herman?miss??biar betul..bukan ustazah herwana herman a.k.a pemanipulasi junior2 RPA..Allah juga tunjukkan kebenaran bila bantahan Azri Amatan diterima..ada hikmahnya kan?kan?jgn ingat anta jer yang betul..anda manusia,tidak terkecuali buat dosa..jangan ingat dengan tudung labuh dan pakaian anda tu anda dah cukup beriman.ingat!!!

sayangupsi said...

tak serik2 lagi buat dosa si anon no...astaghfirullah..insaflah.