Saturday, January 23, 2010

Pimpinan Bitara sambut baik pemberian komputer riba dan pakej Streamyx


Tg Malim , 23 Januari – Pengumuman kerajaan tentang pemberian komputer riba dan pakej Streamyx selama dua tahun kepada mahasiswa tahun 1 dan 2 di IPT seluruh Malaysia disambut baik oleh pucuk Pimpinan Bitara.


Dalam kenyataan kepada SuaraUPSI, Pimpinan Bitara berpendapat langkah itu tepat pada masanya disamping membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mahasiswa.Pimpinan Bitara juga mengakui langkah sedemikian dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa terutamanya yang berpendapatan rendah disamping memudahkan mahasiswa membuat tugasan yang diperlukan.

Mohamad Faizal Bin Mad Daud , pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi ketika diminta memberikan ulasan tentang perkara ini berkata beliau menyokong seratus peratus tindakan kerajaan ini dan mengucapkan terima kasih kerana prihatin pada kebajikan mahasiswa.


"Saya tahu kenyataan saya ini akan disalah tafsir oleh pihak-pihak yang berfikiran dangkal dan sempit serta mendakwa mereka juara dalam bab menjaga hal ehwal kebajikan pelajar ini tetapi saya hanya berpegang pada pepatah Melayu 'di bumi dipijak,di situ langit dijunjung'", tegasnya kepada SuaraUPSI.


Dalam belanjawan 2010, kerajaan mengumumkan pemberian kepada mahasiswa tahun satu dan dua 100,000 unit komputer riba dan pakej Streamyx yang melibatkan bayaran sebanyak RM50 untuk 24 bulan kepada mahasiswa diseluruh IPT di Malaysia


Borang permohonan untuk mendapatkan komputer riba ini boleh diambil di TM Point Tg Malim yang terletak dibarisan bangunan yang menempatkan restoren Cupak dan Seven Eleven, berdekatan dengan persimpangan lampu isyarat Kuil Hindu dan restoren Yik Mun. Borang – borang tersebut hendaklah diisi dan disahkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dan dihantar semula ke TM Point Tg Malim untuk diproses.

2 comments:

kumang kenyalang said...

betul ke info ni?kenapa tidak ada diberitahu pasal info ni?di Portal pun tiada diberitahu

sayangupsi said...

ha, jawab2..