Sunday, January 24, 2010

PRK UPSI : Suasana masih belum “panas”.


Tg Malim , 24 Januari – Tempoh 6 hari yang diberikan oleh pihak sekretariat pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar UPSI untuk berkempen masih tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang bertanding.

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh SuaraUPSI pada 22, 23 dan 24 Januari mendapati hanya Pimpinan Bitara yang giat memasang poster-poster dan kain rentang di kawasan kampus dan kolej kediaman terutamanya di KHAR dan KUO tetapi agak berkurangan di KAB dan KZ.

Mereka mendominasi hampir keseluruhan kawasan–kawasan strategik dengan kain rentang pelbagai saiz dan poster yang disusun mengikut nama calon.

Hanya pada malam tadi satu lagi pihak yang bertanding dilihat memasang kain rentang dikawasan Pintu Timur dalam jumlah yang kecil bersama-sama Pimpinan Bitara yang turut berada disitu untuk kerja-kerja yang sama.

Pertembungan antara kedua-dua belah pihak berlaku dalam suasana yang aman dan harmoni kerana masing-masing telah mengenali antara satu sama lain.

Suasana dijangkakan akan semakin meriah apabila penyokong masing-masing memenuhi rapat umum yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Untuk rekod , Pimpinan Bitara telah memenangi 3 Fakulti tanpa bertanding manakala 2 lagi Fakulti hanya melibatkan pertemuan sesama calon Pimpinan Bitara yang dijangka tidak menghadapi laluan sukar untuk mendapat majoriti 2/3 berdasarkan sokongan yang semakin meningkat.

3 comments:

Anonymous said...

idup Pimpinan Bitara..pro-m,terimalah hakikat mahasiswa UPSI tidak suka anda!!

Anonymous said...

Pro M, korang hanya tahu menjadikan agama sebagai platform utk tarik perhatian Mahasiswa...mcm ni ke islam yg korang nk tjk pd org bkn islam....!!!
insaflah wahai pro M....

Kepada pimpinan bitara..usaha lg jika anda di jalan yg btl..:P

sayangupsi said...

Betul ikut kepala diorang...bkn ikut jalan Islam!