Monday, January 18, 2010

Makluman : Seminar Peradaban Islam

Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) UPSI dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), UPSI akan mengadakan satu Dialog Peradaban Islam bertajuk "Wanita dan Perkembangan Peradaban Islam Di Asia Tenggara" seperti butiran berikut :

Tarikh : 18 Januari 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi : Auditorium Utama, UPSI
Ahli Panel : Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Zainal Kling (UPSI)
Y. Bhg. Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin (UM)
Moderator : Ustaz Anhar b Opir (Pensyarah, FSKPM)
Tajuk Ceramah : "Wanita dan Perkembangan Peradaban Islam Di Asia Tenggara"
Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UPSI , Saudara Mohd Razik B. Khalid ketika diminta untuk memberikan ulasan tentang program ini menyatakan ia adalah satu majlis ilmu yang patut dihadiri oleh semua pihak terutamanya mahasiswi UPSI.
Beliau berharap mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai kelapangan waktu agar dapat menghadirkan diri dan sama-sama memeriahkan majlis ilmu tersebut dan semoga mendapat ilmu-ilmu dan pengetahuan yang berguna.

3 comments:

AnakMuda UPSI said...

Perhimpunan Aspirasi nasional bersama Khairy Jamaluddin..

Amboi2..

Siap takbir2 lagi mcm nk mempermainkan plak no..

Dalam video dan gambar yg kawan aku bagi kat aku jelas puak2 aspirasi UPSI hadir yg mana program ini dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy jamaluddin(beruk jalanan)..

Sabar.. video dan gambar ini akan aku dedhkan skit masa lagi..

Anonymous said...

tahniah pimpinan bitara

ukashah said...

yup...semarakkan suasana cintakan ilmu dikalangan mahasiswa UPSI.