Friday, January 1, 2010

Ambilan UPSI Ikut Unjuran KPM

Tanjong Malim, 1 Januari 2010 - Akhbar semalam yang telah menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Y. Bhg. Dr. Puad Zakashi telah mengundang banyak persoalan kepada semua mahasiswa yang mengambil bidang Ijazah Pendidikan terutamanya mahasiswa/i UPSI. Semalam wartawan suaraUPSI telah menghubungi saudara Mohd Hairie Abdullah yang merupakan YDP MPP Pimpinan Bitara UPSI untuk mendapatkan ulasan berkaitan isu ini.

Hairie menyatakan bahawa "pihak KPM sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana pengambilan mahasiswa dalam bidang pendidikan disetiap IPTA seluruh Malaysia adalah mengikut unjuran yang dikeluarkan oleh pihak KPM sendiri" ujar beliau.

Beliau juga berkata "Ambilan mahasiswa UPSI dalam bidang pendidikan yang bermula daripada tahun 2005 hingga Julai 2009 adalah mengikut unjuran yang dikeluarkan oleh pihak KPM dan perkara ini diperakui sendiri oleh Naib Canselor UPSI iaitu Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Aminah Binti Ayob".

Terbaru wartawan suaraUPSI difahamkan oleh Hairie bahawa pada hari ini Y. Bhg. Dato' Naib Canselor UPSI akan bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu ini dan beberapa isu pendidikan.

Selain itu Hairie dan beberapa MPP Pimpinan Bitara akan membuat pertemuan dengan pihak KPM pada minggu hadapan bagi menyelesaikan isu ini. Warga kerja suaraUPSI menyokong penuh usaha MPP Pimpinan Bitara UPSI untuk menyelesaikan isu ini dan kami menyeru kepada semua mahasiswa/i agar mendoakan perjuangan mereka. Pihak suaraUPSI akan sentiasa mendapatkan berita berkaitan isu ini dari masa ke semasa.

8 comments:

Anonymous said...

sembang kencang....dlu ckp cmne...

cikgu islam said...

Mmg sakit ati bile dgr seorang timb menteri ckp mcm tu. xpikir perasaan org langsung, suke ati je bercakap.. tq Prof Aminah coz baking kitorang. bile die ckp mcm tu luntur la semangat n motivasi student2 baru.. mmg cukup 'bodoh'..

kite as bakal guru ni pn tersentak la jgk dgn kenyataan yg mmg bodoh tu.. rasenye upsi patut ditukar kepada Universiti Sultan Idris je.. xpayah ada pendidikan.. hehehe.. mungkin silapnye upsi adalah menjadi sebuah Universiti. . maybe klu masih Institut kite akan diberi keutamaan..

xpela.. ape2 pn, kite tunggu n lihat je.. rezeki kite ni ade, cume Allah xbagi lagi, kene pecaye la, tuhan x zalim.. setiap org ni ada masa n rezekinye.. mcm si puad zarkashi tu pn ada masa n rezeki die.. mn tau pasni xjadi timb menteri dh ke.. kan..

ape2 pn kawan2., sabar jela menanti.. sabar tu xde hadnye..

salam tahun baru buat kawan2...

Anonymous said...

so...sape yg nak jawab masalah ni? ke nak cipta propaganda lagi?

Anonymous said...

so...sape yg nak jawab masalah ni? ke nak cipta propaganda lagi?

Anonymous said...

Bila nak update blog ni... kalu boleh hari2 lah update..

Anonymous said...

syg MPP.....teruskn mmbela nasib kami..jgn jd mcm 1 blog 2 asyik nk mnuding jari ja...hidup SUARA UPSI SUARA KAMI

Anonymous said...

kalau lebih guru..kenapa terlalu ramai guru sandaran tdk terlatih (gstt) di sekolah menengah??? itu satu persoalan...

Anonymous said...

SYg MPP Bitara!!!!!