Thursday, December 31, 2009

Lantikan Guru Lepasan Ijazah Pendidikan Ikut Kekosongan

Tanjong Malim, 31 Disember 2009 - "Tertakluk Kekosongan Jawatan"Utusan, "Lantikan Guru Lepasan Ijazah Pendidikan Ikut Kekosongan"Berita Harian, begitulah tajuk dalam akbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Berita Harian. Dalam kedua-dua akhbar tersebut menyatakan bahawa pelantikan guru bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda hanya mengikut kepada kekosongan jawatan sahaja.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Dr. Mohd Puad Zarkashi yang mengeluarkan kenyataan tersebut mengatakan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia terpaksa memberi keutamaan kepada graduan khususnya Kursus Guru Lepasan Ijazah(DPLI), lulusan Institut Pendidikan Guru (IPG). Perkara ini menimbulkan rasa resah mahasiswa/i yang mengambil bidang pendidikan kerana rata-rata mahasiswa yang mengambil bidang pendidikan adalah mahasiswa yang dikatakan sebagai mahasiswa yang berkualiti kerana telah di uji dengan Ujian MeDSI dan juga perlu menjalani temuduga.

Sebelum ini, UPSI yang digemparkan dengan berita penempatan guru akan dibekukan selama 2 tahun telah disangkal oleh Ustaz Syahrin bin Md Jamaluddin, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pada Oktober lepas MPP Pimpinan Bitara telah berjaya membawa pihak KPM datang ke UPSI memberikan penjelasan berkaitan isu pembekuan penempatan dalam majlis Kolokium Halatuju Graduan UPSI selepas bergraduat. Dalam Majlis tersebut Pn Faridatul Akmar setiausaha Bahasian Sumber manusia KPM telah menunjukkan peratusan kegagalan pelajar UPSI dalam sesi ujian INSAK dan sesi temuduga dan seramai 299 orang mahasiswa UPSI gagal dalam kedua sesi tersebut.

Persoalannya mengapakah graduan lepasan Ijazah Pendidikan tidak diberi keutamaan, sedangkan mahasiswa/i yang mengambil bidang ini perlu menghabiskan masa selama 4 tahun untuk menjadi seorang guru tetapi pengambilan guru bergantung kepada Ujian Insak dan hanya temuduga yang singkat. Wartawan suaraUPSI hari ini akan menghubungi saudara Mohd Hairie Bin Abdullah YDP Pimpinan Bitara mengenai masalah ini. Berikut ialah halaman akhbar online akhbar utusan dan berita harian :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20091231005055/Article/index_html




4 comments:

Syahir Mohamad said...

Salam..
persoalan timbul..apakah selama ini upsi mengambil pelajar tidak mengikut keperluan? bukankah selama ni kita difahamkan upsi mengambil pelajar bergantung kepada kekosongan atau unjuran dari kpm.. ni yg saya faham.. kalau saya silap sila betulkan. atau pun ada sebab tertentu perkara sedemikian berlaku. hehhehe..

jesse james said...

bersedia laa untuk cri keje lain yer...hahaha

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Mengikut lecterur KPT2063 kuliah aku Dr Ismail Abdul Raoh (aku tak tahula betol ke tak kata lecturer nie) beliau mengatakan posting kita mengikut bajet kerajaan bukannya mengikut kekosongan..

hak kita bila menjadi kakitangan kerajaan ialah berhak mendapat gaji. maknanya kerajaan wajib membayar gaji kepada setiap kakitangan kerajaan.

sekarang timbul isu tak leh posting.. nie bermakna kerajaan tak dak duit nak bayar gaji kita. bajet tak cukup untuk KPM bayar gaji. bukannya masalah tiada penempatan..

Kenyataan ini aku ceduk daripada seorang lecturer yang sudah 25 tahun berada dalam KPM. samada lecturer nie tipu aku tak tahu.

Anonymous said...

yup...that's true,,should based on government budget...i believe that this matter would not be long...sure government will do something that can secure fresh graduate from this programme....hopefully...