Tuesday, December 1, 2009

Ujian MedSI dan temuduga Bermula

Tanjong Malim, 1 Disember - Hari ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermulanya ujian MedSI dan temuduga bagi pemohon ijazah sarjana muda bidang pendidikan. Ujian MedSI ialah satu instrumen yang telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen (Malaysian Educators Selection Invetory) yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA).

Ujian ini bertujuan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi personaliti diri, minat kerjaya, nilai intergriti dan kecerdasan emosi. Maklumat yang diperoleh daripada ujian ini akan menentukan calon guru tersebut sesuai atau tidak memasuki bidang pendidikan. Wartawan suaraUPSI sempat bertemu dengan beberapa calon ujian MedSI dan calon temuduga dan masing-masing mengatakan berasa gementar dalam menghadapi dengan ujian MedSI dan temuduga.

Sebelum itu, wartawan suaraUPSI sempat menghubungi saudara Mohd Hairie bin Abdullah YDP MPP UPSI berkaitan hal ini dan beliau mengatakan "calon perlu tenang dalam menghadapi ujian MedSI dan temuduga tersebut supaya dapat memberikan jawapan yang rasional dan tepat semasa sesi ujian dan temuduga". Beliau juga mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon dan mendoakan semoga calon dapat menghadapi Ujian MedSI dan temuduga dengan jayanya.

1 comment:

Anonymous said...

Ujian Medsi tak menentukan pon seorang mahasiswa tu berkualiti atau tak. Senang2 je nak tipu dlm ujian tu. PAtutnya ujian sahsiah bersemuka/berkumpulan dibuat utk kenalpasti calon guru yg berkualiti. Hairan bila ada calon2 yg bila bercakap cam kentut dlm kain, terketar2 bila duk kat dpan bleh masuk UPSI n amik kos pendidikan.