Wednesday, December 2, 2009

Padah Langgar Lampu Merah

Kemalangan melibatkan Lori Putih dan Perodua MyVi hitam
Lampu isyarat berdekatan dengan Pintu Timur UPSI
Seorang pensyarah FTMK menenangkan pemandu kereta tersebut

Tanjong Malim, 2 Disember- Akibat terlalu rakus mengejar masa seorang pemandu lori sanggup melanggar lampu merah dan menyebabkannya melanggar sebuah kereta Perodua MyVi Kejadian yang berlaku di lampu isyarat berdekatan pintu timur UPSI itu berlaku pada jam 6.30 petang tadi.

Walaubagaimanapun pemandu kereta dan pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Wartawan suaraUPSI yang kebetulan melalui jalan tersebut sempat bertanya kepada saksi kejadian bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Saksi tersebut menerangkan bahawa pemandu lori itu yang menghala ke Slim River melanggar lampu merah dan melanggar kereta Perodua MyVi yang hendak keluar ke jalan besar.

Sebelum ini pihak suaraUPSI difahamkan bahawa lokasi lampu isyarat tersebut sebagai lokasi yang kerap berlakunya kemalangan yang melibatkan staf UPSI dan juga kejadian ragut beg tangan yang melibatkan mahasiswi UPSI. Oleh itu, pihak suaraUPSI ingin menyeru kepada semua staf dan mahasiswa/i UPSI agar berhati-hati melalui lampu isyarat berdekatan dengan pintu timur tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

1 comment:

Anonymous said...

memang aku slalu dgr slalu org ragut beg kt trafic light nih