Saturday, December 26, 2009

Pembayaran PTPTN Dijangka 8, 9 atau 10 Januari 2010

Tanjong Malim, 26 Disember 2009 - Pengumuman keputusan peperiksaan akhir semester yang telah diumumkan pada 24 Januari 2009 telah melegakan banyak pihak terutamanya mahasiswa. Sebelum ini pihak suaraUPSI sempat menghubungi MPP Pimpinan Bitara berkaitan isu kelewatan pengumuman ini dan difahamkan bahawa pihak akademik mengalami masalah di Unit Peperiksaan Bahagian Akademik. Masalah kelewatan ini berpunca daripada segelintir pensyarah yang lambat menghantar keputusan peperiksaan kepada Unit Peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, pihak MPP Pimpinan Bitara telah berhasil menggesa Bahagian Akademik UPSI untuk mempercepatkan pengumuman peperiksaan. Rentetan pengumuman ini, Bahagian Akademik UPSI telah menghantar keputusan peperiksaan mahasiswa dibawah tajaan PTPTN kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia.

Pihak PTPTN yang telah menerima keputusan peperiksaan mahasiswa UPSI akan memproses pembayaran pinjaman kepada pelajar selama 14 hari bekerja bermula dari tarikh pengumuman keputusan. Oleh itu, dijangkakan mahasiswa akan menerima PTPTN pada 8, 9, atau 10 Januari 2010, diharap mahasiswa UPSI dapat bersabar menunggu pembayaran PTPTN.

6 comments:

Anonymous said...

Thx 4 maklumat... tlg bg tau mklumat dr masa ke smasa k... tkut ad phak lain cuba wt khabar angin nti... trutama blog yg x diiktiraf kesahihan maklumat... benci aku..

Anonymous said...

bagaimana pula dgn kpm...

Anonymous said...

wei...KPM dah masuk ni... so, PTPTN bila lg... npe KPM cpat dr PTPTN... so.. tlg r cpatkan skit... nk mkn pon dh x da duit ni...

Anonymous said...

Biasiswa KPTM plak bila masuk? Lambat lagi ke? Merana gak la kiranya ni...

Anonymous said...

suma benda lmbt duit saman nk cpt plak

Anonymous said...

da 11 haribulan pun..PTPTN masih blum ku terima...boleh percaya k blog ni???